Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran sebaldi ais: Hotel Pullman Kuching calonkan lima rakan niaga di Semenanjun­g

-

KUCHING: Hotel Pullman Kuching mencalonka­n lima rakan niaganya di Semenanjun­g Malaysia untuk menyahut cabaran sebaldi ais (ice bucket challenge) selepas 23 ahli jawatankua­sa menyelesai­kan cabaran sebaldi ais Amyotrophi­c Lateral Sclerosis (ASL) semalam.

Lima nama yang dicalonkan termasuk Hotel Novotel KLCC, Hotel Pullman Bangsar, Hotel Pullman Lakeside Putra Jaya, Ibis Style Ipoh dan Ibis Style Fraser Park.

Pengurus Besar Hotel Pullman Kuching Felix Yeo mengetuai 23 lagi ketua jabatan di hotel berkenaan bagi menyahut cabaran sebaldi ais itu.

Lebih menarik, cabaran di- lakukan secara berkumpula­n dengan setiap seorang akan menyimbah ais kepada rakan di sebelah.

Menurut Felix, pihaknya menyahut cabaran daripada Interhill Group yang mencalonka­n hotel tersebut sebelum ini.

Selepas ini katanya, video yang memaparkan beliau bersama ketua jabatan hotel yang melakukan cabaran itu akan dimuat naik ke laman Facebook hotel dan YouTube.

“Jadi kami mencalonka­n rakan niaga kami di Semenanjun­g Malaysia untuk menyahut cabaran ini,” katanya.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang dirasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS.

ALS atau disebut sebagai Lou Gehrig adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang.

Gangguan saraf itu kemudianny­a akan menjadikan pesakit lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

Cabaran mandi ais menjadi ‘viral’ di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan menghidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut.

Ia kemudianny­a menjadi viral di media sosial dengan penyertaan ramai selebriti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia