Utusan Borneo (Sarawak)

Polis akan lakukan saringan terhadap semua anggota PPS

-

JITRA: Polis akan melakukan saringan terhadap semua anggota Pasukan Peronda Sukarela ( PPS) Pulau Pinang dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat jenayah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli PPS yang mempunyai rekod bersih dan bebas daripada kesalahan jenayah, nama mereka akan diserahkan kepada kerajaan negeri.

“Semua persatuan atau badan-badan bukan kerajaan berkaitan dalam soal keselamata­n perlu tahu bahawa soal keselamata­n termaktub dalam bidang kuasa kerajaan persekutua­n (anggota keselamata­n).

“Tidak perlu ada badanbadan keselamata­n lain ditubuhkan seolah- olah dibuat (diwujudkan) untuk cabar kerajaan persekutua­n,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu 2014 di dewan Institut Perguruan Darul Aman di sini semalam.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh kerana pasukan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Hasil siasatan polis mendapati empat yang ditahan itu positif dadah, 11 didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah antaranya ugutan, samun, curi, membunuh tanpa niat, dadah dan kesalahan mengikut Akta Kastam 1967 dan seorang merupakan anggota kongsi gelap dan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata orang ramai yang berminat menyertai pasukan keselamata­n sukarela boleh menjadi anggota Pasukan Relawan Malaysia (RELA), Rakan Cop, Askar Wataniah dan Polis Komuniti.

Berhubung dakwaan kononnya Phee dilayan seperti penjenayah oleh pihak polis, beliau berkata Phee dilayan sebaiknya dan menjalani prosedur soal siasat seperti biasa.

“Beliau juga boleh membuat panggilan telefon,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia