Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan polis tahan PPS ikut prosedur undang-undang

-

MUAR: Tindakan polis menahan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang barubaru ini bukanlah mengikut arahan kerajaan sebaliknya dibuat mengikut prosedur undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata langkah yang diambil pihak polis bukanlah tindakan sewenangwe­nangnya malah dibuat berasaskan bukti yang kukuh.

“Kita ( kerajaan) tidak mengeluark­an arahan tetapi polis mempunyai kuasa untuk bertindak.

“Dalam apa keadaan sekalipun, kalau dilihat dari sudut keselamata­n (dan) ancaman yang boleh berlaku, kalau ia tidak ditangani, jangan sampai tercetus peristiwa buruk, (nanti) orang tuduh polis juga tidak bertindak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, dekat sini semalam.

Beliau berkata, seharusnya Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guang Eng) sebagai ketua kerajaan negeri harus menghormat­i tindakan itu dan memberi kerjasama kepada polis meskipun PPS ditaja oleh kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Lim yang mempertaha­nkan PPS, yang merupakan sebuah pasukan tidak berdaftar, dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Polis menahan 154 anggota pasukan itu baru-baru ini selepas Lim dilaporkan mencabar ketua polis negara supaya mengambil tindakan ke atas mereka.

Anggota PPS juga dikatakan telah menimbulka­n keresahan dalam kalangan masyarakat kerana mereka didakwa bertindak umpama samseng dalam beberapa insiden. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia