Utusan Borneo (Sarawak)

Kes Teoh Beng Hock: Mahkamah Rayuan tukar keputusan terbuka

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam menukar keputusan terbuka dalam kes kematian setiausaha politik daripada DAP Teoh Beng Hock dan memutuskan bahawa kematianny­a itu akibat tindakan menyalahi undangunda­ng oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, membuat keputusan itu sebulat suara dan memerintah­kan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan berkaitan kematian itu, tanpa mengecuali­kan pegawai daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga anggota panel itu menyediaka­n penghakima­n bertulis masing- masing. Dua lagi hakim ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Panel itu memerintah­kan supaya diketepika­n keputusan terbuka yang dibuat Mahkamah Koroner dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan semakan semula.

Mah, yang membacakan penghakima­n beliau terlebih dahulu, memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan iaitu ketika berada dalam tahanan pegawai SPRM.

Beliau berkata Teoh dipanggil ke pejabat SPRM sebagai seorang saksi dan tertakluk kepada soal siasat sehingga awal pagi, yang jelas menunjukka­n bahawa hak beliau telah pun dicabuli.

Mengenai kemungkina­n Teoh membunuh diri, Mah menolak kemungkina­n itu, dengan berkata tulisan tangan pada nota bunuh diri yang didakwa ditulis Teoh tidak boleh disahkan pakar sebagai tulisannya.

Tambahan pula, katanya, perilaku Teoh sebelum insiden itu jelas menunjukka­n bahawa beliau berkeadaan waras dan sedang sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwina­nnya.

Mah turut merujuk dengan terperinci kepada pandangan dua pakar ketika menolak bunuh diri sebagai kemungkina­n penyebab kematian seperti yang dicadangka­n oleh peguam yang mewakili SPRM semasa inkues.

Beliau merujuk kepada pandangan pakar Dr Pornthip Rojanasuna­nd dan Dr Peter Venezis dalam nota inkues bahawa Teoh mungkin dicekik oleh seseorang berdasarka­n kecederaan pada lehernya.

“Ini mungkin mengakibat­kan beliau tidak sedarkan diri, dan kedua-dua mereka (pakar) percaya beliau masih hidup semasa terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu dan saya bersetuju dengan mereka,” kata Mah.

Beliau turut mempersoal­kan perilaku para pegawai SPRM yang menyoal siasat Teoh dan menggesa polis menjalanka­n siasatan lanjut berkaitan orang sebenar yang memudaratk­an mangsa selain menggesa polis supaya tidak mengecuali­kan para pegawai SPRM yang kali terakhir dilihat bersama Teoh.

Teoh ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, yang sebelum ini menempatka­n ibu pejabat SPRM, pada pagi 16 Julai 2009. Beliau berusia 30 tahun.

Selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka, abang Teoh, Meng Kee memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya keputusan itu disemak semula.

Bagaimanap­un, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak permohonan semakan semula oleh Meng Kee pada 1 Dis 2011.

Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 2 Feb tahun lepas untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Sementara itu, Hakim Hamid Sultan menarik perhatian terhadap kelewatan para pegawai SPRM melaporkan kematian Teoh dan kegagalan mereka melindungi tempat jenayah itu berlaku sebelum ketibaan polis.

“Mereka sepatutnya in- gat bahawa Teoh hanyalah bakal saksi dalam kes ini, bagaimanap­un beliau disoal siasat dalam masa yang begitu panjang,” katanya.

Beliau menegaskan kecederaan pada leher Teoh berlaku di premis SPRM dan terdapat bukti mencukupi yang menjurus ke arah para pegawai SPRM.

Hamid Sultan berkata mengikut Perlembaga­an Persekutua­n, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendesak Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding undang- undang terhadap pesalah.

“Saya akan membenarka­n rayuan ini dan mengarahka­n ketua polis negara dan Jabatan PeguamNega­ramelaksan­akan perkara perlu untuk memulakan siasatan mengikut CPC (Kanun Tatacara Jenayah) dan membuat pertuduhan dengan sewajarnya,” tegas Hamid Sultan.

Mohamad Ariff pula berpendapa­t terdapat keterangan mengikut keadaan yang mencukupi bahawa kematian Teoh disebabkan beliau jatuh dan perkara ini dipercepat­kan oleh orang yang tidak dikenali.

Beliau menggesa Jabatan Peguam Negara supaya meneruskan siasatan terhadap insiden itu, termasuk nota bunuh diri yang didakwa ditulis Teoh.

Selepas keputusan itu, adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata keputusan mahkamah itu jelas menunjukka­n bahawa abang beliau dibunuh dan menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

“Sungguhpun sudah lima tahun berlalu selepas kematianny­a (Teoh), penantian untuk mendengar keputusan ini sangat berbaloi,” kata Lee Lan dengan linangan air mata, dan hadir di mahkamah bersama ibu bapa serta anggota keluargany­a yang lain.

Meng Kee diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala Jabatan Peguam Negara pula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas. — Bernama

Kes ini menarik perhatian awam. Keadilan hanya berlaku jika mahkamah menjatuhka­n hukuman maksimum terhadap

” tertuduh. Wan Shaharuddi­n Wan Ladin Timbalan Pendakwa Raya

Hakim Datuk Mohd Azman Husin juga menjatuhka­n hukuman penjara 18 tahun terhadap Koong, 45, kerana didapati bersalah cuba membunuh isteri pengasas Ambank itu, Cheong Mei Kuen, 50.

Beliau memerintah­kan Kong menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 Sept tahun lepas.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan hanya bersifat penafian semata-mata. KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 40 tahun diberkas polis kerana disyaki menipu seorang pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan wang berjumlah RM2,599 pada Feb lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Saiman Kasran berkata suspek, bekas kakitangan sebuah agensi kerajaan itu diberkas di Kudat ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, seorang wanita berumur 25 tahun, pada 6 Januari lepas.

Saiman berkata dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah menerima SMS yang kononnya dia memenangi hadiah utama bernilai RM20,000 yang ditawarkan Shell (M) Berhad.

Atas arahan suspek, pengadu kemudian memasukan wang RM1,099.47 ke dalam nombor akaun Bank Kerja-

Koong didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara jam 1.30 petang dan 2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia juga dituduh cuba membunuh Cheong di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun.

Terdahulu, sebelum mahkamah menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh, Cheong dalam Kenyataan Impak Mangsa berkata beliau mengalami trauma teruk dari segi emosi dan fizikal oleh perlakuan jenayah paling kejam itu.

“Saya mengalami kecederaan parah, kehilangan keupayaan dan kemampuan sama Rakyat Malaysia Bhd yang diberikan suspek serta yuran peraduan sebanyak RM 1,500 dalam satu akaun Bank Simpanan Nasional.

Tidak cukup dengan itu, pengadu juga disuruh membeli kupon tambah nilai Maxis RM60 sebanyak lima keping dan menghantar­kan nombor pin isian semula berkenaan melalui SMS kepada suspek, katanya di sini semalam.

Bagaimanap­un, selepas semua transaksi berkenaan selesai, suspek mula berasa curiga lalu menghubung­i suspek namun gagal kerana suspek telah memutuskan talian telefonnya.

Saiman berkata siasatan awal di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan mendapati lelaki itu merupakan suspek utama dalam enam kes penipuan serupa melibatkan pelanggan di Johor Baharu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. — Bernama bergerak, pendarahan dalaman peringkat kedua, tekanan mental, jantung berdebar, kabur penglihata­n, difitnah secara lisan dan tulisan dan kenyataan palsu yang dibuat oleh pihak tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Cheong juga berkata semasa hayatnya, suaminya merupakan seorang yang lemah lembut, merendah diri dan baik hati tetapi kehidupann­ya telah ditamatkan oleh lelaki paling kejam.

“Hussain Najadi amat prihatin terhadap nasib anak yatim, kanak-kanak tanpa ibu bapa dan terhadap kebajikan mereka. Satu daripada hasratnya adalah menubuhkan ‘The Hussain Najadi Foundation’ untuk kanak-kanak miskin dan anak yatim di negaranega­ra miskin.

“Beliau menekankan bahawa itulah satu-satunya harapan mereka untuk masa depan KAMPAR: Seorang buruh semalam didenda masing-masing sebanyak RM2,500 dan RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menyimpan harta curi dan gagal menjelaska­n pemilikan barangan itu.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara masing- masing enam bulan dan sebulan jika gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.

M. Nagenthira­n, 28, membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Lelaki itu didakwa menyimpan harta curi berupa tujuh helai baju dalam pelbagai warna dan jenama, sehelai baju T dan sehelai seluar dalam bernilai RM100 milik seorang wanita.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. lebih baik. Kini impian itu telah musnah,” kata Cheong dengan linangan air mata.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman mati bagi kesalahan membunuh manakala penjara maksimum 20 tahun bagi kesalahan cuba membunuh Cheong.

“Kes ini menarik perhatian awam. Keadilan hanya berlaku jika mahkamah menjatuhka­n hukuman maksimum terhadap tertuduh,” katanya.

Peguam Naizatul Zamrina Karizaman memohon hukuman ringan diberikan terhadap anak guamnya atas alasan kesalahan tertuduh merupakan kesalahan pertamanya selain tertuduh hanya mendapat pendidikan awal sehingga darjah tiga. — Bernama

Nagenthira­n yang tidak diwakili peguam juga didakwa di bawah Seksyen 29( 1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingg setahun atau keduaduany­a, kerana gagal menjelaska­n dengan munasabah bagaimana dia mendapat barangan curi yang disimpanny­a itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di alamat kediaman No. C-30 Perumahan Awam 2, Malim Nawar, pada jam 3 pagi, 3 Sept lepas.

Pertuduhan asal Nagenthira­n adalah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah rumah di kediaman mangsa yang sama di Lot 2378 Kampung Muhibbah, Malim Nawar di sini pada jam 2 pagi hingga 7 pagi, 9 Ogos lepas, dengan tujuan mencuri kesemua barang itu.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Loke Kok Mun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia