Utusan Borneo (Sarawak)

Hodgson naik angin, memaki hamun wartawan dalam satu taklimat

-

LONDON, England: Pengurus England Roy Hodgson tidak dapat mengawal kemarahann­ya dan memaki hamun dalam satu taklimat bersama wartawan selepas dia ditanya mengenai kemenangan pasukannya yang hambar dalam perlawanan persahabat­an menentang Norway.

Satu tendangan penalti oleh kapten baharu Wayne Rooney memberikan kemenangan 1-0 kepada England di Stadium Wembley pada Rabu lepas, tetapi ia adalah satu daripada dua sahaja rembatan ke arah sasaran yang dapat dicatatkan oleh pasukan Hodgson sepanjang perlawanan.

Rekod bagi jumlah penonton paling rendah seramai 40,181 di stadium baharu Wembley menyaksika­n England bertungkus-lumus dalam perlawanan pertama mereka sejak mereka tersingkir pada peringkat kumpulan di kejohanan Piala Dunia, dan Hodgson tiba-tiba marah apabila dia disuruh menjelaska­n kekurangan pasukannya.

“Kesimpulan­nya ialah ini: sebelum Piala Dunia kita ada 75,000, 80,000 orang yang datang untuk melihat kita bermain menentang Peru, yang, dengan hormat, langsung tidak sesukar pasukan lawan yang kami tentang pada malam ini (Rabu),” katanya.

Perlawanan menentang Norway adalah perlawanan pertama England sejak persaraan dua pemain tengah veteran Steven Gerrard – yang menjadi kapten sebelum Rooney – dan Frank Lampard dari pentas antarabang­sa, dan Hodgson juga ketiadaan beberapa pemain yang cedera.

Pemain sayap Liverpool Raheem Sterling bermain dengan meyakinkan, termasuk memperoleh­i tendangan penalti yang memberikan kemenangan kepada England, tetapi Hodgson memberi amaran agar tidak membebanka­n generasi pemain England seterusnya dengan jangkaan yang tidak membantu.

“Beberapa pemain ini adalah pemain-pemain hebat yang sedang dalam pembikinan, tetapi mereka adalah pemain yang sedang dalam pembikinan,” kata pengurus berusia 67 tahun itu.

“Kita tidak dapat bermain dalam lima perlawanan bagi England dan menjadi pemain tetap dalam pasukan bola sepak Liverpool selama enam atau tujuh bulan dan menjadi David Beckham.

“Anda tidak dapat masuk seperti Phil Jones selepas men- galami kecederaan dan dalam sekelip mata mendapat tempat di bahagian tengah pertahanan Manchester United dan menjadi John Terry.

“Anda tidak boleh menjadi Jack Wilshere, yang sudah kehilangan semua bola sepak itu akibat kecederaan, dan tibatiba masuk ke sana dan menjadi Bryan Robson. Marilah kita berlaku adil mengenai perkaraper­kara ini.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL KE- 50: Ibrahimovi­c meraikan gol jaringan sambil menunjukka­n bajunya yang tertera nombor 50+ pada perlawanan persahabat­an di antara Sweden dan Estonia di Stockholm.
— Gambar Reuters GOL KE- 50: Ibrahimovi­c meraikan gol jaringan sambil menunjukka­n bajunya yang tertera nombor 50+ pada perlawanan persahabat­an di antara Sweden dan Estonia di Stockholm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia