Utusan Borneo (Sarawak)

Remy berikan Perancis kemenangan

‘Les Bleus’ hampakan Sepanyol 1-0 pada aksi perlawanan persahabat­an

-

PARIS, Perancis: Perancis mengatasi pasukan Sepanyol yang berwajah baharu pada Khamis lepas apabila satu rembatan cantik daripada pemain gantian Loic Remy pada separuh masa kedua memberikan kemenangan persahabat­an 1-0 kepada pasukan tuan rumah.

Remy melakukan rembatan yang kuat ke bumbung jaring di tiang dekat pada minit ke73 selepas menerima umpanan daripada Mathieu Valbuena untuk membantu Perancis mencapai kemenangan yang mereka pasti rasa sewajarnya bagi mereka ke atas bekas juara dunia itu.

Tanpa beberapa muka biasa, termasuk Xabi Alonso dan Xavi Hernandez yang sudah bersara, Sepanyol bagaimanap­un mengekalka­n stail lama mereka dengan menguasai bola bagi jangka waktu yang lama tetapi tanpa benarbenar mengancam untuk merobohkan

Ia adalah perlawanan yang seimbang. Mereka melakukan peralihan yang baik dan lebih pantas tetapi kami lebih

” mengawal perlawanan. Vicente del Bosque Jurulatih Sepanyol

benteng pertahanan pasukan tuan rumah.

Sementara itu Perancis memperoleh­i peluang terbaik dan sepatutnya berada di hadapan empat minit selepas babak kedua bersambung tetapi penyudah pintar daripada Karim Benzema pada hujung gerakan yang lancar telah dibatalkan kerana ofsaid, dengan tayangan ulangan televisyen yang membayangk­an pegawai Swiss telah membuat keputusan yang salah. “Ia adalah perlawanan yang seimbang. Mereka melakukan peralihan yang baik dan lebih pantas tetapi kami lebih mengawal perlawanan,” tegas jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque, yang akan membimbing pasukannya dalam perlawanan menentang Macedonia dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 pada Isnin ini. Jurulatih pasukan tuan rumah Didier Deschamps, dalam perlawanan pertama bagi siri perlawanan persahabat­an selama dua tahun sebelum mereka menganjurk­an Kejohanan Eropah, pasti gembira untuk melihat pasukannya meneruskan faktor keceriaan yang mengiringi kejayaan mereka

untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia di Brazil.

“Kami menentang sebuah pasukan Sepanyol yang bagus dengan beberapa pemain yang tiada lagi di sana tetapi pemain lain telah masuk,” kata Deschamps.

Tepat dua bulan selepas kekalahan 1-0 mereka kepada juara seterusnya Jerman di Rio de Janeiro, Deschamps menurunkan pasukan yang menunjukka­n hanya satu perubahan sahaja apabila pemain Newcastle United Moussa Sissoko memulakan perlawanan di tempat Yohan Cabaye.

Sebaliknya, pasukan lawan mereka ada tiga pemain – dua pemain pertahanan Dani Carvajal dan Mikel San Jose serta pemain tengah Raul Garcia – yang melakukan penampilan julung kali pada peringkat anatrabang­sa dan seorang lagi iaitu David de Gea yang bermain buat kali kedua sebagai penjaga gol selepas Iker Casillas, dalam petanda yang tidak baik, diletakkan di atas bangku pemain simpanan. —

AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMBUNG­AN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Perancis dan Sepanyol di Stade de France di utara Paris.
— Gambar AFP PERTEMBUNG­AN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Perancis dan Sepanyol di Stade de France di utara Paris.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia