Utusan Borneo (Sarawak)

Itali menang 2-0 ke atas Belanda di bawah Conte

-

BARI, Itali: Dua gol dalam tempoh 10 minit pertama sudah memadai untuk Itali dalam kemenangan persahabat­an 2-0 ke atas pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia, Belanda, dan melancarka­n era baharu mereka di bawah jurulatih Antonio Conte dengan bergaya.

Bermain dalam formasi 3-52 yang disukai Conte, pasukan Itali melangkah dengan kaki kanan dan berada di hadapan selepas hanya tiga minit sahaja apabila pemain baharu Borussia Dortmund Ciro Immobile menjumpai jaring selepas menerima hantaran jauh daripada Leonardo Bonucci.

Kapten Daniele De Rossi menggandak­an kelebihan mereka pada minit ke-10 selepas pendatang baharu Simone Zaza dikasari dalam kotak penalti oleh Bruno Martins Indi yang diarahkan meninggalk­an padang.

De Rossi tidak membuat sebarang kesilapan ketika melakukan tendangan penalti.

“Ia sentiasa bagus untuk bermula dengan kemenangan,” kata Conte.

Rakan sejawatan bersa- ma pasukan Belanda, Guus Hiddink, yang telah menggantik­an pengurus baharu Manchester United, Louis van Gaal, merenung: “Selepas 10 minit, perlawanan sudah berakhir.

“Selepas Martins dibuang dari padang, matlamat kami adalah untuk tidak melepaskan gol lagi tetapi kami tewas kepada pasukan yang sangat bagus.”

Zaza sepatutnya menandakan penampilan julung kalinya dengan satu gol 10 minit kemudian apabila dia dibiarkan sahaja untuk lolos bersendiri­an menuju ke arah gol selepas satu serangan balas yang pantas diketuai Immobile tetapi mensia-siakan sentuhan penyudahny­a.

Menentang pasukan Belanda yang bermain dengan 10 pemain yang agak jinak, dua penyerang baharu bergabung dengan baik dan pemain dengan prestasi yang turun naik Mario Balotelli perlu berusaha gigih untuk meyakinkan Conte supaya menukar barisan pemain yang menang.

Itali membuka kempen Euro 2016 mereka dengan lawatan ke Oslo untuk menentang Norway. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia