Utusan Borneo (Sarawak)

Alonso bagaikan pendamai antara Rosberg, Hamilton

-

MONZA, Itali: Fernando Alonso mendapati dirinya memainkan peranan pendamai yang menarik perhatian Khamis lepas ketika dia duduk di tengah-tengah dua pemandu Mercedes yang merebut kejuaraan, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton.

Mengambil kira pengalaman­nya sendiri yang sukar dengan Hamilton ketika kedua-dua pemandu berada di McLaren pada 2007, ia tidak mengejutka­n apabila dia mengeluark­an pandangan yang sinis dan lucu ketika pemandu Jerman dan pemandu Britain tersebut duduk dengan wajah selamba sepanjang sidang akhbar yang tegang dan kadang-kala emosional menjelang Grand Prix Itali pada hujung minggu ini.

“Tahun 2007 tidak berjalan seperti yang kami mahukan,” dia mengakui. “Namun, seperti apa yang saya sudah sebut banyak kali, masalahnya tidak pernah dengan Lewis.

“Kami menjalin hubungan yang sangat profesiona­l. Ia tidak menjadi kerana pasukan kami tidak gembira dengan beberapa falsafah dan pengurus pada ketika itu.

“Namun saya tidak pernah ada masa- lah dengan Lewis dan ia tidak mengejutka­n bahawa pada hari ini, kami masih menjalin hubungan baik dan saya pasti kedua-dua mereka ini akan melangkah ke hadapan.

“Kedua-dua mereka berada dalam kedudukan yang istimewa iaitu merebut kejuaraan dunia dan sukan ini merangkumi perkara-perkara seperti ini. Mereka ada satu masalah yang bagus – merebut kejuaraan dunia.”

Hamilton mengalu- alukan kenyat- aan bekas musuh dan rakan sepasukan lamanya.

Dia berkata: “Fernando betul sama sekali. Bila kita muda, kita tidak selalunya membuat keputusan yang betul dan tidak menyebut perkara yang betul.

“Saya masih tidak selalunya menyebut perkara yang betul sekarang – dan saya masih belajar – dan saya berani bertaruh dalam tempoh 10 tahun akan datang, saya akan mengimbas kembali dan berkata saya sebenarnya dapat melakukann­ya dengan lebih baik.

“Demikianla­h keadaannya dan keduadua kami adalah pesaing-pesaing yang sengit dan kami memang mahu menang dan, secara peribadi, saya mahu menang kerana keupayaan saya dan secara adil dan saksama.

“Saya amat teruja mengenai perlumbaan yang bakal diadakan dan berjuang bersungguh-sungguh seperti biasa. Ia bukan musim yang paling mudah atau paling lancar tetapi saya tidak akan mahu sebarang cara lain.”

Rosberg mendahului Hamilton dengan kelebihan 29 mata menjelang perlumbaan di Monza esok (Ahad). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEGANG: Barisan pemandu Fomula Satu (dari kiri) Rosberg, Alonso dan Hamilton menghadiri satu sidang mendia di Litar Autodromo Nazionale di Monza.
— Gambar AFP TEGANG: Barisan pemandu Fomula Satu (dari kiri) Rosberg, Alonso dan Hamilton menghadiri satu sidang mendia di Litar Autodromo Nazionale di Monza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia