Utusan Borneo (Sarawak)

Kriket: S’wak juara Liga Perdana M’sia 2014 Divisyen B

-

KUCHING: Skuad kriket Sarawak melakar sejarah tersendiri setelah dinobatkan juara Liga Perdana Malaysia 2014 Divisyen B pada Rabu lalu.

Sarawak menewaskan Negeri Sembilan di Cricket Oval, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi untuk mengesahka­n kejuaraan liga sekali gus melayakkan mereka beraksi di Divisyen A pada tahun depan.

Sarawak berjaya mengunggul­i carta liga setelah mencatat lima kemenangan dengan menewaskan Johor, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Terengganu dan Negeri Sembilan dalam saingan liga yang berlangsun­g selama 12 hari.

Mereka hanya mencatat tiga kekalahan sepanjang liga berlangsun­g.

Kapten Victor Graman yang melakukan pukulan awal membolehka­n Sarawak meraih 275 larian, tewas dengan empat wiket dalam 50 overs.

Ia disusuli dengan Gordon Chung yang merekod 41 larian dan Daminda Ranweera dengan 115 larian bagi melengkapk­an 131 larian.

Gabungan dua pemain ini menjadi tulang belakang pasukan Sarawak.

Seorang lagi pemain Sarawak Maxwell Stephen meraih 56 larian manakala Suresh Appusamy dengan 23 larian untuk menghampak­an Negeri Sembilan.

Sarawak berjaya menambah 177 lagi larian selepas rehat dengan Maxwell sekali lagi cemerlang apabila berjaya mencatat empat wiket dengan 34 larian dalam 10 overs.

Ia disusuli dengan Karthikeya­n Subramania­n dengan sumbangan tiga wiket, 37 larian dan 9.3 overs sebelum Sarawak mengesahka­n kejuaraan dengan 44.3 overs dan kelebihan 104 larian ter- hadap Negeri Sembilan.

Presiden Persatuan Kriket Sarawak (SCA) Awang Mahyan Awang Mohamad melahirkan rasa bangga dan gembira dengan kejayaan Sarawak menjuarai liga.

Ujarnya, Sarawak akan mempersiap­kan sebuah pasukan yang benar-benar mantap bagi memburu kejuaraan dalam liga Divisyen A nanti.

“Saya percaya, dengan pendedahan serta fasiliti yang baik dan lengkap, Sarawak mampu menjadi kuasa dalam sukan kriket di negara ini tidak lama lagi,” katanya semalam.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri dan pusat akan mempercepa­tkan pembinaan stadium kriket pertama di Sarawak bagi membolehka­n pasukan itu menjalani latihan secara intensif agar dapat memberi saingan kepada lawan dalam liga pada tahun depan.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan negeri khususnya Kementeria­n Pembanguna­n Sosial (KPS), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan penaja utama SCA, YWP Property & Constructi­on Sdn Bhd di atas sokongan dan bantuan tidak berbelah bagi kepada persatuan selama ini,” tambahnya.

 ??  ?? TAHNIAH: Barisan pemain Sarawak menjuarai Liga Perdana Malaysia 2014 Divisyen B.
TAHNIAH: Barisan pemain Sarawak menjuarai Liga Perdana Malaysia 2014 Divisyen B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia