Utusan Borneo (Sarawak)

SBFM bangga 40 tahun kekal dalam industri

Industri makanan amat kompetitif, namun syarikat terus mendapat sokongan pelanggan

- Muka A12

SIBU: Kejayaan SBFM Industries Sdn Bhd (SBFM) kekal dalam industri makanan sejak 40 tahun lepas, merupakan satu kebanggaan kepada anak syarikat Kumpulan KTS itu.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Temenggung Vincent Lau Lee Ming berkata, industri makanan merupakan satu industri yang amat kompetitif.

“Namun kejayaan kita untuk terus bertahan sejak 40 tahun ini merupakan satu kebanggaan dan atas sokongan daripada semua pelanggan, pengedar dan pembekal,” ujarnya ketika berucap pada majlis pelancaran jenama baharu syarikat iaitu Sabisco.

Pelancaran yang berlangsun­g di kilang SBFM di Jalan Hulu Lanang, adalah sempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 SBFM pada tahun ini. Sabisco merupakan jenama baharu bagi biskut keluaran SBFM.

Hadir sama ialah Eksekutif Kanan merangkap Pengurus Operasi Am SBFM Peter Wong, ahli-ahli lembaga pengurusan syarikat, pengedar dan pembekal kepada syarikat dari Semenanjun­g Malaysia serta yang lain.

Menurut Lau, untuk terus berkembang maju, perlu untuk SBFM kekal kos efektif, efisien dan inovatif dari segi penyelidik­an dan pembangu- nan produk.

“Namun inilah yang telah dilakukan oleh syarikat sejak bertahun-tahun yang lepas,” jelasnya sambil menambah sejak KTS mengambil alih syarikat, tumpuan diberikan kepada penyelidik­an dan pembanguna­n produk.

Lau berkata, selagi SBFM memenuhi kehendak pelanggan dan pasaran, selagi itu produk syarikat akan terus berdaya saing dalam industri makanan yang amat kompetitif ini.

“Oleh itu kita berharap para pelanggan, pengedar dan pembekal akan terus memberikan sokongan agar kita dapat terus membangun dan maju bersama- sama,” ujarnya.

Sementara itu, pada sebe- lah malam akan berlangsun­g majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-40 SBFM bertempat di sebuah hotel di sini.

 ??  ??
 ??  ?? JENAMA BAHARU: Lau (lima kanan) bersama Wong (lima kiri) serta tetamu lain menunjukka­n produk baharu jenama Sabisco sempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 SBFM, semalam.
JENAMA BAHARU: Lau (lima kanan) bersama Wong (lima kiri) serta tetamu lain menunjukka­n produk baharu jenama Sabisco sempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 SBFM, semalam.
 ??  ?? SAMBUT: Lau (tiga kiri) sambil diiringi oleh Wong (dua kiri) disambut oleh kakitangan anak syarikat Kumpulan KTS serta SBFM setiba di kilang SBFM di Jalan Hulu Lanang, semalam.
SAMBUT: Lau (tiga kiri) sambil diiringi oleh Wong (dua kiri) disambut oleh kakitangan anak syarikat Kumpulan KTS serta SBFM setiba di kilang SBFM di Jalan Hulu Lanang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia