Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai lima tempat menarik

-

LEMBAGA Pembanguna­n Langkawi (LADA) menyenarai­kan lima tempat sebagai Kawasan Menarik Memerhati Burung sempena Pesta Burung Asia Kelima (ABF).

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Tan Sri Khalid Ramli berkata pihaknya telah merancang beberapa inisiatif untuk membangunk­an dan mempromosi aktiviti mengkaji burung sebagai aktiviti yang perlu dilakukan pelancong di Langkawi.

“Biarpun burung boleh dilihat di mana-mana di Langkawi, lima kawasan ini-Kilim, Pantai Cenang, Datai, Pulau Tuba dan Gunung Mat Chinchang adalah tempat pelancong boleh menemui banyak spesies burung dalam kumpulan yang besar, beliau memberitah­u Bernama selepas majlis prapelanca­ran ABF di Wisma Bernama di Kuala Lumpur baru-baru ini.

LADA juga merancang satu pertanding­an untuk mencadangk­an nama untuk burung kebangsaan sebagai nilai tambah kepada acara itu.

Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Henry Goh berkata acara yang berlangsun­g selama dua hari bermula 29 Nov ini menyasarka­n untuk mempromosi perlindung­an burung dan habitat mereka, menggalakk­an kajian burung dan lain-lain aktiviti ekopelanco­ngan.

Seorang pencinta alam, Irshad Mobarak pula berasakan mengkaji burung adalah lebih daripada hobi kerana aktiviti sedemikian mampu melindungi alam dan kualiti kehidupan.

“Mengkaji burung bukan hanya mengenai burung, ia mengenai hutan hujan, ia mengenai tempat tinggal burung.

Melindungi burung ialah melindungi hutan hujan, melindungi sebuah hutan hujan sebenarnya melindungi kualiti kehidupan kita, “katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia