Utusan Borneo (Sarawak)

Penyu terperangk­ap dalam pukat pari berjaya diselamatk­an

-

SEEKOR penyu karah dewasa diselamatk­an penguat kuasa Jabatan Perikanan daripada terperangk­ap pada pukat pari di kawasan perairan Paka, Kemaman baru-baru ini.

Pengarah Perikanan negeri Abdul Khalil Abdul Karim berkata penyu betina berumur antara enam dan tujuh tahun itu berada dalam keadaan lemah semasa diselamatk­an kira-kira jam 10 pagi.

“Ini merupakan kes pertama Jabatan Perikanan menjumpai penyu terperangk­ap dalam pukat pari di negeri ini tahun ini,” katanya kepada Bernama di Dungun baru-baru ini.

Menurut Abdul Khalil penyu sepanjang 96.3 sentimeter dan 83 sentimeter lebar itu mungkin akan mati jika sekiranya lambat diselamatk­an.

Bagaimanap­un, beliau berkata penyu itu tidak mengalami kecederaan dan dilepaskan semula ke laut dengan harapan akan naik ke pantai Terengganu untuk bertelur.

Abdu Khalil berkata laporan mengenai kematian penyu di negeri ini tahun ini agak membimbang­kan.

Beliau berkata mengikut rekod Jabatan Perikanan sehingga bulan Ogos ini sebanyak 36 ekor penyu agar dan masing-masing seekor penyu lipas dan karah dijumpati mati.

Katanya ini menggambar­kan kesedaran penduduk tempatan terutamany­a nelayan terhadap penyu masih lagi rendah walaupun pelbagai penerangan telah diberikan.

Beliau berkata dalam usaha pemulihara­an penyu, kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan membelanja­kan hampir RM800,000 setahun.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Jabatan Perikanan telah merampas sebanyak 27 bidang pukat pari dalam operasi pukat pari di Terengganu sehingga 20 Ogos lepas. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia