Utusan Borneo (Sarawak)

Kapten industri terokai batasan baharu angkasa raya

-

DENGAN kapal angkasa yang dapat membawa pelancong ke angkasa lepas dan menghubung­kan Paris dengan New York dalam masa tidak sampai dua jam, wira-wira baharu dalam pengembara­an angkasa bukanlah angkasawan tetapi tokoh-tokoh perindustr­ian yang berani.

Generasi baharu perintis angkasa ini semuanya menggunaka­n wang sendiri untuk meneroka sempadan terakhir tatkala program-program angkasa kerajaan semakin berkuranga­n. Masa sudah berubah. Dahulu perlumbaan angkasa diketuai golongan seperti agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) NASA yang meletakkan manusia pertama di atas bulan pada 1969.

Hari ini ia adalah usahawan Elon Musk, pengasas kereta elektrik Tesla dan syarikat penerokaan angkasa SpaceX, yang mahu sampai ke Marikh pada tahun 2020-an.

Projek angkasa persendiri­an yang paling maju dan menerima publisiti paling meluas, diketuai Richard Branson, pengasas Virgin Group dari Britain.

Pesawat angkasa beliau SpaceShipT­wo akan dilancarka­n pada altitud tinggi dari sebuah pesawat induk berenjin empat yang kelihatan aneh, dan dapat membawa dua orang juruterban­g dan seramai enam orang penumpang, sebelum ia memulakan penerbanga­n pinggiran angkasa selama tiga jam.

Branson dan anakanakny­a akan menjadi penumpang-penumpang pertama di atas pesawat tersebut apabila ia dijangka dilancarka­n lewat tahun ini.

Syarikatny­a Virgin Galactic diberi lampu hijau pada Mei lalu oleh Agensi Penerbanga­n Persekutua­n AS (FAA) untuk membawa penumpang dari sebuah pangkalan di New Mexico, yang dinamakan ‘Spaceport America’, sesuatu yang didapati dalam rekaan sains selama ini.

Harga AS$250,000 (RM800,000) bagi satu tiket tidak melemahkan semangat lebih 600 orang, termasuk selebriti seperti pelakon Leonardo DiCaprio, daripada menempah tiket mereka.

Syarikat penerbanga­n angkasa AS XCOR lebih berpatutan, dengan menawarkan penerbanga­n pinggiran angkasa selama sejam dengan kos AS$100,000 (RM320,000) di atas sebuah pesawat yang berlepas dari Gurun Mojave di California. Ia sudah menjual hampir 300 tiket.

“Prototaip pertama sedang dipasang. Penerbanga­n ujian itu diharap akan bermula sebelum hujung tahun, dan penerbanga­n komersial sebelum hujung 2012,” kata seorang ahli lembaga XCOR Michiel Mol kepada koresponde­n Patrick Rahir.

Ia merancang empat penerbanga­n sehari dan berharap kekerapan-nya lambat-laun akan memberi kelebihan kepadanya berbanding Virgin Galactic.

SATELIT KECIL

Namun perniagaan angkasa baharu bukan sahaja mengenai hasrat untuk memenuhi keinginan golongan kaya, ia juga berharap untuk memenuhi pasaran bagi melancarka­n satelit lebih kecil dengan berat tidak sampai 250 kilogram.

“Pelancar khas tiada bagi satelit kecil,” kata Rachel Villain dari Euroconsul­t, sebuah yang mengkhusus dalam pasaran angkasa.

“Semua orang sudah bertahun-tahun mencari ‘Holy Grail’ iaitu bagaimana untuk mengurangk­an kos selain untuk menghantar mereka sebagai penumpang di atas pelancar besar.”

“Pemain-pemain baharu ini sedang melancarka­n revolusi dalam pasaran pelancaran,” kata pakar aeronautik Philippe perundinga­n Deloitte.

“Mereka lebih pintar, lebih murah, dan mereka boleh digunakan semula dan tidak meninggalk­an serpihan di angkasa lepas.”

Itulah apa yang dicadangka­n syarikat pendatang baharu, Swiss Space Systems atau S3.

Dengan sebuah pesawat di atas sebuah kapal terbang Airbus A300, pengasasny­a Pascal Jaussi mahu mula melancarka­n satelit sebelum menceburi penerbanga­n penumpang antara benua.

Bekas juruterban­g ujian berusia 37 tahun itu mendakwa dia dapat mengurangk­an harga bagi satu pelancaran satelit seberat 250 kilogram kepada lapan juta euro (RM34.4 juta), sesuku daripada kosnya sekarang.

“Pembuat satelit yang mahu melancarka­n kumpulan satelit cuaca dan pengawasan sudah pun memenuhi buku-buku tempahan,” katanya.

Penerbanga­n ujian pertama dirancang bagi hujung tahun 2017, dan pelancaran satelit pertama akan bermula pada hujung tahun berikutnya dari sebuah pangkalan di Kepulauan Canary, iaitu kepulauan Sepanyol di perairan barat laut Afrika.

Bagi penerbanga­n penumpang, syarikat angkasa baharu perlu diluluskan oleh badan pengawal yang kini mengawal perjalanan udara.

Buat masa sekarang sebuah pesawat penumpang meliputi jarak 5,800 kilometer di antara Paris dan New York dalam tempoh tujuh jam.

Pada kelajuan Mach3, pesawat S3 dapat melakukan perjalanan yang sama dalam masa satu setengah jam.

“Kami berharap untuk mendapatka­n harga tiket yang boleh dibandingk­an dengan tambang transatlan­tik kelas pertama. Ia tidak harus melebihi 30,000 Swiss francs (RM106,210),” katanya.

Boissat dari Deloitte sudah melihat lebih jauh ke hadapan.

“Penerbanga­n pinggiran angkasa ini akan menghasilk­an generasi baharu juruterban­g pejuang yang mengawal pesawat angkasa yang dihantar ke angkasa untuk melindungi satelit atau meneutralk­an satelit yang menimbulka­n ancaman,” dia meramalkan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia