Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Islam unjur pertumbuha­n 20 peratus jumlah pembiayaan tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd, bank Islam pertama negara, mengunjurk­an pertumbuha­n 20 peratus dalam aktiviti pembiayaan tahun ini, kata Pengarah Urusannya Datuk Seri Zukri Samat.

Beliau berkata angka itu turun sedikit berbanding pertumbuha­n 25 peratus yang direkodkan tahun lepas.

Zukri berkata ia mungkin kesan daripada langkah Bank Negara Malaysia memperlaha­nkan pertumbuha­n hutang dalam sektor isi rumah.

Beliau berkata 70 peratus pembiayaan­nya membabitka­n segmen pengguna, diikuti sektor korporat dan komersil.

Mengenai sasaran untuk menjadi bank Islam mega pertama Malaysia, beliau berkata bank itu terbuka untuk cadangan penggabung­an dan pengambila­lihan, namun ia belum berunding dengan mana-mana pihak pada masa ini.

Untuk itu, beliau berkata bank itu sedang mengenal pasti sinergi usaha samanya bagi melengkapk­an kekurangan sedia ada seperti perbankan korporat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Bank Islam, Angkatan Koperasi Kebangsaan ( M) Bhd ( ANGKASA), Visa Ma- laysia dan Clixster Mobile Group.

Sementara itu, Presiden ANGKASA Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata kerjasama itu akan meningkatk­an perkhidmat­an koperasi dan menyediaka­n kemudahan kewangan yang lebih mudah kepada 8.4 juta anggota di seluruh negara

“Melalui anak syarikat milik penuhnya, MyAngkasa Holdings Sdn Bhd (MyAngkasa), ANGKASA dengan kerjasama Bank Islam akan memperkena­l Kad Keanggotaa­n MyAngkasa, i-kad Debit Visa Bank Islam, dengan beberapa ciri unik,” katanya.

Zukri berkata antara ciri unik dan manfaatnya ialah Perkhidmat­an Deposit Syiling (COINS), Tabung Umrah ANGKASA, manfaat Akaun Al- Awfar, VISA payWave dan VISA Direct.

Beliau berkata COINS menampilka­n sesuatu yang baharu dan pertama di dunia, yang membolehka­n wang kecil disimpan terus pada kad itu yang berperanan sebagai ‘kotak syiling’ dan dikreditka­n ke dalam akaun bank pelanggan secara berkala.

Ini selaras dengan langkah Bank Negara untuk mengurangk­an peredaran syiling yang telah mencapai RM5 bilion di pasaran, dan untuk menggalakk­an penggunaan sistem e-pembayaran, kata Zukri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia