Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n E&E bantu lonjak ekonomi negara

-

GEORGE TOWN: Pertumbuha­n yang sihat dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) akan membantu merangsang ekonomi negara, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sektor E&E tumbuh 13 peratus bagi separuh pertama 2014, pemulihan mendadak daripada -4 peratus bagi tempoh sama 2013.

Mustapa berkata data eksport menghampir­i unjuran Indeks Pengeluara­n Industri iaitu pertumbuha­n 15 peratus.

“Sektor E&E penting bagi Malaysia kerana sektor itu menyumbang kira- kira 33 peratus kepada jumlah keseluruha­n eksport negara.

“Kami percaya pertumbuha­n sihat sektor E&E akan membawa prospek yang lebih baik terhadap ekonomi Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n ‘Innoplex’, pusat penyelidik­an dan pembanguna­n baharu Motorola Solutions Malaysia Sdn Bhd, di sini semalam.

Mengenai Bajet 2015, Mustapa berkata antara perkara utama yang ditumpukan kerajaan ialah modal insan.

Beliau berkata dalam usaha kerajaan menangani isu itu, pelbagai insentif akan ditawarkan bagi menggalakk­an syarikat melatih dan menyokong lebih banyak latihan dijalankan di universiti untuk mengeluark­an lebih ramai jurutera.

“Fokus sekarang ialah pengeluara­n modal insan yang mencukupi bagi menampung keperluan industri,” katanya.

Pengarah Urusan Motorola Solutions bagi operasi di Pulau Pinang, Dr Hari Narayanan berkata syarikat itu melabur lebih RM60 juta bagi bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk membangunk­an Innoplex.

“Kilang baharu ini antaranya berupaya membangunk­an peranti telekomuni­kasi generasi akan datang dan sistem termasuk radio mudah alih analog dan digital,” katanya.

Hari berkata Motorola Pulau Pinang memenuhi keperluan 85 peratus pasaran dunia, membekalka­n produk dan penyelesai­an.

Mengenai perancanga­n masa depan, Hari berkata kumpulan itu yang merupakan peneraju pasaran dalam komunikasi dua hala, merancang untuk mengeluark­an produk keselamata­n awam generasi akan datang.

Motorola memulakan operasinya di Malaysia pada Mei 1974 dengan hanya 10 kakitangan. Kini syarikat itu mempunyai pelaburan terkumpul berjumlah lebih RM4 bilion dan lebih 4,000 tenaga kerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia