Utusan Borneo (Sarawak)

Firma penyelidik­an kekal saranan ‘beli’ saham OldTown Bhd

-

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Research mengekalka­n saranan ‘beli’ terhadap OldTown Bhd dengan harga sasaran kekal pada RM2.40, disokong oleh pengembang­an cawanganny­a di Indonesia dan Australia.

Menurut firma itu, OldTown juga telah mengenal pasti dua pasaran baharu, iaitu halal dan kanak-kanakkelua­rga, untuk memacu pertumbuha­nnya.

“Bagi operasi makanan dan minuman, kami menjangka pertumbuha­n akan disokong oleh pembukaan cawangan baharu, manakala margin prakeuntun­gan mungkin kekal disebabkan pengubahsu­aian penjenamaa­n cawanganny­a,” katanya dalam nota penyelidik­an semalam.

Untung sebelum cukai OldTown bagi suku pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2014 turun dua peratus kepada RM15.324 juta daripada RM15.672 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehan kumpulan meningkat enam peratus kepada RM97.854 juta pada suku pertama yang berakhir 30 Jun, 2014 berbanding RM91.239 juta yang dicatatkan pada tempoh sama setahun lalu.

Maybank IB juga menjangka bahagian barang pengguna yang bergerak pantas (FMCG) akan menyaksika­n pertumbuha­n kukuh setelah kumpulan memperluas kehadirann­ya melalui pelantikan pengedar baharu di dalam dan luar negara.

Sementara itu, AllianceDB­S Research berkata OldTown telah mengambil langkah meningkatk­an struktur operasinya untuk menangani tekanan kos.

Firma penyelidik­an itu juga mengekalka­n saranan ‘beli’ terhadap OldTown dengan harga sasaran lebih rendah pada RM2.25.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) turut menyemak naik penilaian OldTown kepada ‘beli’ dengan harga sasaran lebih rendah pada RM2.17.

“Meskipun pembukaan perlahan, pengurusan terus melihat perkembang­an di Malaysia mengikut jadual. Sebanyak 108 cawangan yang dikendalik­an secara francais telah memperbaha­rui perjanjian mereka selama lima tahun lagi dengan yuran RM10 000 setiap cawangan ” kata HLIB.

Kumpulan juga telah menggabung­kan syarikat asing milik penuh di Shenzen, China, yang membolehka­n OldTown mendapat kawalan yang lebih baik dan pemantauan perkembang­an saluran dan penetapan harganya.

Sebaliknya, Kenanga Research mengekalka­n saranan ‘kurang berprestas­i’ dengan harga sasaran kekal pada RM1.90, dan menyatakan bahagian FMCG OldTown semakin sukar dengan sentimen pengguna yang kurang memberangs­angkan serta persaingan daripada pengusaha baru dan sedia ada.

Kumpulan terpaksa menanggung kos tambahan dalam bentuk diskaun harga bagi mengekalka­n bahagian pasaran, katanya Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia