Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan pandang negatif terhadap kastam

Jabatan kutip RM36 bilion setahun, hanya segelintir kakitangan terlibat dengan rasuah

-

KUALA LUMPUR: Rakyat digesa tidak memandang negatif terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) berikutan penahanan 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat tiga hari lepas, dipercayai terbabit kes rasuah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata penangkapa­n itu tidak bermakna seluruh Jabatan Kastam tidak betul dalam menjalanka­n tugas seterusnya dilabel tidak berkredibi­liti.

“Tidak wajar untuk melabelkan jabatan tersebut dengan persepsi negatif hanya kerana sebilangan daripada ribuan warga kastam terlibat kes rasuah, memandangk­an jabatan tersebut memberi khidmat yang besar terhadap negara.

“Kes ini melibatkan sebilangan kecil, tambahan pula kastam telah memberikan sumbangan besar terhadap negara melalui kutipan RM36 bilion setahun yang memanfaatk­an rakyat melalui pelbagai program yang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Kembara Lensa Murni 2014 anjuran Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) di sini semalam.

Namun beliau memberikan jaminan bahawa pihak kementeria­n akan memastikan kesalahan melibatkan rasuah ditangani sebaik mungkin dan akan memberi kerjasama kepada pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kementeria­n Kewangan dan SPRM tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam gejala rasuah atau salah laku kewangan, malah individu yang bersalah perlu diberi hukuman yang sepatutnya manakala yang tidak bersalah dilepaskan,” katanya.

Dalam masa sama, Ahmad berharap insiden itu tidak akan menjejaska­n semangat seluruh pegawai dan kakitangan JKDM bagi melaksanak­an tugas yang telah diamanahka­n demi kesejahter­aan rakyat dan negara.

Tiga hari lepas, SPRM menahan 12 pegawai kastam termasuk seorang Pengarah Kastam negeri yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludup­an arak dan rokok di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ). SPRM turut menahan 12 anggota sindiket itu.

Tangkapan itu dibuat susulan pemantauan selama lebih setahun terhadap sindiket penyeludup­an barang-barang di Lembah Klang, yang mengelak daripada membayar duti kastam melibatkan lebih RM1 bilion.

Akibat tindakan itu kerajaan dipercayai mengalami kerugian lebih RM2 bilion. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAKAT MEMASAK: Mohd Shafie l (dua kiri) menunjukka­n bakat memasak ketika melawat pameran selepas merasmikan Halfest 2014 di Pusat Pameran Mines di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut kelihatan Cef Selebriti Malaysia, Cef Wan (kiri).
— Gambar Bernama BAKAT MEMASAK: Mohd Shafie l (dua kiri) menunjukka­n bakat memasak ketika melawat pameran selepas merasmikan Halfest 2014 di Pusat Pameran Mines di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut kelihatan Cef Selebriti Malaysia, Cef Wan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia