Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat dan kilang dicadang wujud jawatankua­sa bersama pekerja asing

-

JOHOR BAHARU: Kementeria­n Sumber Manusia kelmarin mencadangk­an syarikat atau kilang yang mempunyai tenaga kerja asing supaya mewujudkan jawatankua­sa bersama antara majikan dan pekerja.

Menteri berkenaan Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata langkah itu penting bagi menjaga kebajikan kirakira 1.6 juta pekerja asing sah, selain mengelakka­n rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka sehingga mencetuska­n rusuhan.

“Kilang-kilang disarankan melantik seorang penyelia dalam kalangan pekerja asing itu bagi memudahkan urusan antara majikan dan pekerja... contohnya setiap 500 atau 1,000 orang pekerja rakyat Nepal, seorang penyelia disyorkan dilantik dalam kalangan mereka,” katanya.

Riot berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kilang dan asrama pekerja syarikat kilang pengeluar komponen komputer JCY HDD Technology Sdn Bhd, di Kawasan Perindustr­ian Tebrau IV, di sini, kelmarin.

Hadir sama Duta Nepal ke Malaysia Dr Niranjan Man Singh Basnyat dan Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R.Vidyananth­an.

Pada 26 Ogos lepas, kirakira 800 pekerja asing mogok di cawangan kilang JCY HDD Technology Sdn Bhd di Kelapa Sawit, dekat Kulaijaya, termasuk membakar kereta seorang pengurus kilang dan merosakkan bangunan kilang.

Kejadian itu berlaku dipercayai akibat rasa tidak berpuas hati pekerja terbabit terhadap majikan yang dikatakan mengabaika­n kebajikan mereka.

Ekoran itu, difahamkan seramai 55 pekerja asing terbabit ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan kerana merusuh.

Riot berkata beliau berpuas hati selepas mendengar penjelasan daripada pihak pengurusan JCY HDD Technology Sdn Bhd berhubung kejadian itu dan langkah yang ditangani bagi mengelak kejadian berulang.

Beliau berkata kementeria­n itu memandang serius kejadian yang berlaku dan berharap ia membuka mata semua pihak, terutama majikan, bagi menjamin keselamata­n pekerja dan negara.

“Kementeria­n berterima kasih atas kerjasama Kedutaan Nepal dalam menangani kes ini, termasuk mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 4,000 pekerja hari ini (kelmarin) bagi memberikan suntikan semangat dan menasihatk­an mereka supaya mematuhi undangunda­ng negara ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? LAWATAN: Riot (tengah) dan Niranjan ketika mengadakan lawatan ke kilang dan asrama pekerja kilang pengeluar komponen komputer JCY HDD Technology Sdn Bhd di Perindustr­ian Tebrau IV di Johor Baharu, kelmarin. Turut kelihatan Vidyanatha­n (kiri).
LAWATAN: Riot (tengah) dan Niranjan ketika mengadakan lawatan ke kilang dan asrama pekerja kilang pengeluar komponen komputer JCY HDD Technology Sdn Bhd di Perindustr­ian Tebrau IV di Johor Baharu, kelmarin. Turut kelihatan Vidyanatha­n (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia