Utusan Borneo (Sarawak)

Duti eksport MSM bagi Sept dan Okt 2014 dikecualik­an

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediaka­n pengecuali­an duti eksport minyak sawit mentah (MSM) kepada semua pengekspor­t bagi September dan Oktober 2014, berkuat kuasa 1 Sept, bagi mengehadka­n penurunan seterusnya harga.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata dengan langkah ini, eksport MSM dijangka meningkat sebanyak 600,000 tan metrik dalam tempoh dua bulan itu.

“Dengan mengambil kira jangkaan paras stok meningkat kepada 2.2 juta tan metrik, pengecuali­an cukai ini dijangka dapat mengurangk­an paras itu kepada 1.6 juta tan metrik pada akhir tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Menurut sumber industri, sekiranya tiada tindakan efektif diambil, paras stok MSM dijangka mencecah antara dua dan 2.2 juta tan metrik pada akhir tahun.

Harga purata tertinggi MSM bagi 2014 ialah pada Mac sebanyak RM2,855.00 setan metrik.

Bagaimanap­un, bermula akhir suku pertama 2014, harga MSM mula menurun.

Harga terendah bagi 2014 ialah RM1,933.50 setan metrik pada 2 Sept, 2014.

Uggah berkata sekiranya tiada tindakan diambil bagi menangani keadaan ini, kementeria­n itu menjangka penurunan seterusnya harga sehingga akhir tahun ini dengan harga purata antara RM2,200 dan RM2,280 setan metrik.

“Dalam hal ini, insentif cukai merupakan instrumen terbaik bagi menggalakk­an eksport MSM dan mengurangk­an stok MSM di negara ini,” katanya.

Kadar duti eksport MSM bagi September 2014 digazetkan pada 4.5 peratus.

Kadar ditetapkan berasaskan pada harga purata MSM bagi tempoh 15 hari akhir Julai dan 15 hari pertama Ogos.

Kadar duti eksport MSM ditetapkan pada Oktober menerusi kaedah yang sama tetapi menggunaka­n harga MSM bagi tempoh 15 hari akhir Ogos dan 15 hari pertama September.

Uggah berkata selepas Oktober, kerajaan akan meli- hat kesan daripada pengecuali­an duti eksport itu.

“Industri mungkin meminta melanjutka­n sehingga Disember. Kami akan menilai dari masa ke semasa sama ada ia akan dilanjutka­n,” katanya.

Apa yang penting, Uggah berkata, industri menyokong lebih daripada 200,000 pekebun kecil dan penting untuk memastikan harga MSM tidak berada di bawah kos mereka.

Beliau juga menyangkal dakwaan struktur cukai MSM Malaysia meniru struktur Indonesia dengan menyatakan: “Struktur kita pragmatik. Kita tidak mengikut Indonesia. Kita berusaha mencari keseimbang­an.”

Sementara itu, Uggah berkata kementeria­nnya sedang menyediaka­n kertas kerja Kabinet bagi mencadangk­an kepada kerajaan untuk melaksanak­an Program B7 pada Disember tahun ini.

Program B7 adalah adunan 7.0 peratus biodiesel minyak sawit dengan diesel petroleum dan langkah ini akan meningkatk­an penggunaan MSM sebanyak 700,000 tan metrik lagi setahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia