Utusan Borneo (Sarawak)

HDC sasar perluas eksport produk halal ke pasaran GCC melalui Arab Saudi

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) menyasar untuk mengembang­kan eksport produk halal ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC) daripada kurang RM2 bilion sekarang ini kepada RM10 bilion tidak lama lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Jamil Bidin.

Beliau berkata perbadanan itu yakin dapat mencapai sasaran berkenaan melalui Arab Saudi, yang memainkan peranan penting dalam kalangan negara-negara GCC dengan penduduk berjumlah 500 juta.

“Seperti yang kita tahu, semua umat Islam akan ke Mekah (Arab Saudi) untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Oleh itu, keperluan untuk membekalka­n makanan siap penting untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

“Jadi, dengan mening- katkan keupayaan kita untuk membekalka­n lebih banyak makanan dan minuman ke tanah suci, jenama tempatan akan dapat mewujudkan penjenamaa­n yang baik dalam kalangan jemaah, syarikat-syarikat tempatan di Arab Saudi, yang mempunyai penduduk seramai 29 juta, dan dalam kalangan anggota GCC,” kata beliau kepada Bernama.

Jamil berkata banyak produk halal Malaysia telah diiktiraf oleh penduduk tempatan di sana dan hasilnya, mereka mahukan lebih lagi.

Oleh itu, HDC telah menandatan­gani kerjasama dengan syarikat Arab Saudi, Samyco Holdings Bhd, bagi membolehka­n lebih 100 syarikat halal tempatan membawa produk mereka ke negara itu.

Samyco yang ditubuhkan pada 2010, menjadi ejen dan pengedar makanan dan minuman di Arab Saudi dan Teluk Arab.

“Selain makanan dan minuman, terdapat juga permintaan bagi farmaseuti­kal dan kosmetik dari negara itu.

“Daripada 100 syarikat, 70 peratus milik Bumiputera,” katanya.

Beliau menggesa mereka supaya merebut peluang ini untuk mengembang­kan perniagaan mereka di luar negara yang kurang kosnya dan pada masa yang sama akan meningkatk­an angka eksport negara.

“Daripada pergi sendiri dan mempromosi­kan produk mereka, melalui kerjasama ini, Samyco akan membawa produk mereka ke Arab Saudi.

“Dan, mereka juga boleh melangkah jauh lagi dengan menandatan­gani perjanjian usaha sama (JV) dengan syarikat-syarikat Arab Saudi untuk menghasilk­an produk mereka di sana,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia