Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW sasar semua PKS peroleh sijil halal secepat mungkin

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyasarka­n kesemua Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendapat sijil halal dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ketika ini, hanya separuh daripada 116,000 PKS memperoleh sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kita akan bekerjasam­a dengan JAKIM dan MARA bagi memberi panduan atau apa sahaja bantuan kepada PKS- PKS ini agar semua syarat untuk mendapat sijil halal dapat dipenuhi dalam usaha untuk mencapai sasaran ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2014 di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Mohamad Nordin Ibrahim.

Mohd Shafie berkata antara punca permohonan sijil halal tidak diluluskan ialah masalah teknikal seperti masalah premis tidak tetap, tidak memiliki lesen perniagaan yang lengkap dan selain taraf kebersihan.

“Oleh yang demikian kita akan bekerjasam­a dengan JAKIM agar proses mendapat persijilan halal semua syarikat ini dipercepat­kan supaya mereka boleh turut menyumbang dalam industri halal negara,” katanya.

Mohd Shafie juga menyeru pengusaha produk halal di negara ini memperluas­kan pengeluara­n produk mereka bukan hanya terhad kepada makanan dan minuman tetapi juga kepada produk lain termasuk perkhidmat­an, pakaian dan kosmetik.

Sementara itu, Mohamad Nordin berkata sejak Januari hingga Ogos tahun ini JAKIM telah mengeluark­an 3,475 sijil halal kepada syarikat-syarikat berkaitan halal di Malaysia dan 1,192 daripadany­a adalah kepada PKS.

HALFEST 2014 diadakan di Pusat Pameran MINES (MIECC) bermula semalam hingga sehingga 7 September ini.

Ekspo ini dianjurkan pertama kali pada 2011 dengan objektif untuk menyokong pembanguna­n sektor halal tempatan dan bertujuan bagi memupuk gaya hidup halal di kalangan rakyat Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia