Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara telefon, SMS bekas kekasih 21,807 kali

-

LYON: Seorang lelaki Perancis berusia 33 tahun telah dihantar ke penjara kelmarin selepas menelefon dan menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada bekas teman wanitanya sebanyak 21,807 kali, mengakui bahawa, dengan pengalaman lalu, “ia adalah bodoh”.

Defendan yang tidak dinyatakan namanya, telah membuat panggilan tersebut untuk meminta wanita itu mengucapka­n terima kasih kepadanya kerana membaiki flat mereka, telah dijatuhkan hukuman selama 10 bulan – enam bulan daripadany­a ditangguhk­an – dan denda berjumlah 1,000 euro.

Dia juga perlu menjalani rawatan psikiatrik dan dilarang untuk melakukan semua bentuk hubungan dengan wanita yang digangguny­a itu, peguam dalam kes terbabit memberitah­u AFP.

Defendan, yang berasal dari Rhode di selatan Perancis, telah menerima tanggungja­wab bagi larangan untuk panggilan telefon dan pesanan ringkas sepanjang tempoh 10 bulan, serta telah menerima satu tuntutan awal untuk menghentik­an hubungan dengan bekas teman wanitanya.

Dia telah dimasukkan ke hospital sebelum ini akibat masalah kemurungan, dan berusaha untuk menerima keadaan ketika teman wanitanya memutuskan hubungan mereka pada tahun 2011. Dia menuntut pampasan bagi kerja-kerja yang dia telah lakukan dalam apartmen mereka.

“Pada masa itu, logik saya adalah sehingga dia memulangka­n wang... atau sekurang-kurangnya mengucapka­n terima kasih, saya tidak akan berhenti menghubung­inya,” dia memberitah­u mahkamah di Lyon.

Panggilan tetap dilakukan – sekurang- kurangnya 73 kali sehari.

“Wanita itu cuba menyekat taliannya, sebaliknya dia menghubung­i ibu bapa dan tempat kerja wanita itu,” kata Manuella Spee, peguam mangsa tersebut, seorang guru berusia 32 tahun yang juga dirahsiaka­n namanya.

Ia hanya ketika dia akhirnya menyatakan ucapan terima kasih, semasa satu pertemuan yang dianjurkan oleh orang tengah, baharu gangguan itu dihentikan. Sejak itu dia tidak menghubung­i wanita itu lagi.

“Saya memberitah­u diri saya sendiri, melalui pengalaman lalu, bahawa ia adalah sesuatu yang bodoh,” dia memberitah­u mahkamah kelmarin. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia