Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor gigi dituduh cacatkan pesakit diberkas di Kanada

-

BOURGES: Seorang doktor gigi Belanda dituduh mencacatka­n beberapa orang pesakit Perancis telah ditangkap di Kanada selepas pemburuan di peringkat antarabang­sa.

Mark Van Nierop, nama pertama sebenarnya adalah Jacobus, telah diburu di bawah waran tangkap antarabang­sa sejak Februari bagi tuduhan termasuk “keganasan antarabang­sa melibatkan perbuatan mencacatka­n yang kekal.”

Dia telah ditangkap pada minggu ini di pekan kecil Nackawic di wilayah New Brunswick di Kanada. Ia masih belum diketahui bagaimana dia telah ditemui.

Pendakwa raya Perancis memberitah­u AFP kelmarin mereka akan memohon agar dia diekstradi­sikan ke Perancis.

Laporan yang tidak disahkan dalam media Kanada menyatakan Van Nierop cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya pada masa penahanann­ya.

Van Nierop telah dibawa ke kawasan luar bandar terpencil di Chateau-Chinon di tengah Perancis pada November 2008 oleh seorang kenalan, dan pada mulanya disambut baik oleh penduduk tempatan yang sememangny­a mengalami kekurangan dalam perkhidmat­an perubatan.

Namun kebimbanga­n mula muncul mengenai Van Nierop apabila beberapa orang pesakit melaporkan bahagian peralatan patah dalam gusi mereka, bengkak yang berterusan, septisemia, rahang pecah, dan gigi yang sihat telah dicabut, lapor Le Parisien.

Van Nierop juga telah didakwa dengan penipuan selepas dakwaan dia cuba untuk mengaut keuntungan daripada pelanggann­ya.

“Dia berkata dia telah menjalanka­n 17 rawatan pada 17 batang gigi berlainan untuk isteri saya selama 10 minit, termasuk mengenakan caj bagi sebatang gigi yang dia telah cabut 10 tahun sebelumnya,” seorang penduduk tempatan, Gerard Martin, memberitah­u AFP pada Julai lepas.

Sekumpulan 120 orang mangsa telah menubuhkan sebuah kumpulan untuk mengemukak­an dakwaan, dan satu siasatan jenayah telah dibuka terhadapny­a pada Mei 2013.

Namun Van Nierop melarikan diri pada Disember, memaksa pihak berkuasa Perancis untuk mendapatka­n satu waran tangkap antarabang­sa bagi penahanann­ya.

“Kita sekarang mesti mengesahka­n kepada pihak berkuasa Kanada permintaan kami supaya dia diekstradi­sikan ke Perancis,” menurut pendakwa raya Vincent Bonnefoy kelmarin.

Van Nierop dijangka mempunyai sesi pendengara­n reviu penahanan semalam, menurut jurucakap Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada Charles Hawkins. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia