Utusan Borneo (Sarawak)

EKSTASI , ‘HAPPY WATER’ DIRAMPAS DALAM SERBUAN

-

MIRI: Pil Ekstasi dan ‘Happy Water’ antara yang dirampas ketika polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Miri memberkas tiga warga asing termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgu­naan dadah dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di sini malam kelmarin.

Berikutan itu, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 23 dan 35 tahun telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut berhubung kes tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada dua lelaki warga Indonesia dan seorang wanita rakyat China telah ditangkap sekitar jam 11.35 malam kelmarin oleh sepasukan polis dari BSJN Miri yang menjalanka­n Ops Pusat Hiburan.

Terdahulu, menurut beliau, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis diketuai Inspektor Shahibul Najib menyerbu pusat karaoke terbabit yang terletak di Jalan Merpati di sini.

“Dalam serbuan itu, polis telah menjumpai satu kontena berisi lima peket kecil mengandung­i serbuk dipercayai Ketamine, 26 biji pil Ekstasi pelbagai warna dan dua botol kecil berisi cecair disyaki dadah hiburan yang dikenali sebagai ‘Happy Water’ yang diletakkan di atas kaunter pembayaran.

“Dadah itu kemudian dirampas dan dua lelaki penjaga kaunter serta seorang wanita dipercayai isteri kepada pemilik pusat hiburan berkenaan telah ditangkap untuk membantu siasatan lanjut polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Polis yang turut membuat ujian saringan ke atas sampel air kencing kesemua suspek mendapati hasilnya menunjukka­n kesan positif dadah bagi dua suspek lelaki, manakala negatif untuk suspek wanita.

Sehubungan itu, menurut Stanley, ketiga-tiga suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta boleh disebat tidak kurang dari tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali, jika sabit kesalahan.

“Selain itu, dua suspek lelaki terbabit juga akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunaka­n dadah tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya sambil memberitah­u kedua-duanya telah masuk ke sini secara sah sejak sebulan lalu.

Dalam pada itu, ketiga-tiga suspek yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret petang semalam diperintah­kan supaya direman selama tiga hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut polis.

 ??  ?? DIBERKAS: Dua suspek lelaki (barisan hadapan) dan suspek wanita (dua kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Miri petang semalam untuk mendapatka­n perintah reman.
DIBERKAS: Dua suspek lelaki (barisan hadapan) dan suspek wanita (dua kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Miri petang semalam untuk mendapatka­n perintah reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia