Utusan Borneo (Sarawak)

TAKTIK BUANG KUNCI INDUK TIDAK MENJADI

-

SIBU: Taktik dua penjenayah tegar membuang kunci induk ke tepi jalan tidak menjadi ketika ditahan oleh pasukan polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) di Jalan Amoi di sini pagi semalam.

Terdahulu, pasukan CPJ dari Balai Polis Sentral yang melakukan rondaan rutin pada jam 10 pagi terserempa­k dengan dua lelaki Cina yang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigak­an.

Polis yang masih cam salah seorang daripada lelaki tersebut yang mempunyai rekod jenayah kes pecah rumah, curi kenderaan dan sebagainya, bertindak menahan mereka.

Ketika melakukan pemeriksaa­n badan, polis menjumpai dua batang kunci induk buatan sendiri dipercayai digunakan untuk menghidupk­an enjin kenderaan tertentu.

Polis percaya, dua lelaki tersebut sedang mengintai peluang untuk melakukan jenayah di kawasan berkenaan, khasnya mencuri kereta berdasarka­n kunci induk yang dijumpai itu.

Dua suspek tersebut yang berumur 36 dan 46 tahun kemudianny­a diheret ke balai bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kes berasingan, sebuah kedai perkakasan di Jalan Chengal di sini dimasuki pencuri yang melarikan dua set mesin pengimpal, awal pagi semalam.

Kejadian itu disedari oleh pemilik kedai bersebelah­an yang mendapati pintu jeriji kedai tersebut telah dirosakkan.

Seorang pekerja kedai perkakasan tersebut yang dimaklumka­n tentang kejadian itu bergegas ke kedai dan mendapati keadaan di dalam kedai berselerak.

Selepas melakukan pemeriksaa­n, dia mendapati satu set mesin pengimpal berharga RM6,000 dan satu set pengimpal bernilai RM2,000 didapati hilang.

Pengadu percaya pencuri berjaya menyelinap masuk ke kedai itu dengan merosakkan pintu pagar jeriji serta memotong kunci mangganya.

Kes tersebut telah dilaporkan di Balai Polis Sentral pagi semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia