Utusan Borneo (Sarawak)

Ujian sengit menanti di separuh akhir

Federer berhasrat untuk bertemu dengan Djokovic pada final Terbuka AS

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Impian Roger Federer untuk bertemu dengan Novak Djokovic dalam perlawanan akhir Terbuka AS menghadapi ujian getir pada hari ini (Sabtu) daripada Marin Cilic, pemain Croatia yang melihat kejuaraan Grand Slam pertama sebagai satu cara yang sempurna untuk memulihkan reputasiny­a.

Federer, juara kejohanan utama sebanyak 17 kali yang memburu rekod kejuaraan Terbuka AS keenam, memiliki kelebihan karier 5-0 ke atas Cilic termasuk kemenangan empat set di New York pada 2011 dan di Toronto dalam tiga set yang sukar pada bulan lepas.

Cilic, pemain pilihan ke-14 berusia 25 tahun, tidak bermain dalam Terbuka AS pada tahun lepas kerana digantung permainan yang menimbulka­n kontrovers­i selepas ia dikenakan dia didapati positif f bagi sejenis ubat perangsang terlarang yang terkandung dalam suplemen yang dibeli di atas kaunter oleh salah seorang kakitangan­nya.

Penggantun­gan selama enam bulan akhirnya dikurangka­n kepada empat bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan tetapi Cilic masih percaya seluruh proses itu tidak adil.

“Perjalanan proses membuatkan saya marah kerana ia tidak adil bagi saya. Ia pasti tidak adil bagi mana-mana pemain tenis,” kata Cilic.

Cilic mara ke peringkat separuh akhir di Australia pada 2010 dan dua kali sampai ke peringkat suku akhir di New York pada 2009 dan 2012.

Namun langkah terakhir itu ternyata sentiasa mustahil bagi Cilic, yang sekarang ada juara Wimbledon 2001 dan rakan senegara Goran Ivanisevic di sudutnya selaku jurulatih.

Federer, juara dari 2004-2008, mara ke peringkat separuh akhir Terbuka AS yang kesembilan bagi dirinya tetapi pertama sejak 2011 dengan kemenangan dramatik 4-6, 3-6, 6-4, 7-5, 6-2 ke atas pemain Perancis Gael Monfils, dengan menyelamat­kan dua mata akhir dalam proses tersebut.

Pemain Swiss berusia 33 tahun itu tewas dalam perlawanan akhir Wimbledon dalam lima set kepada Djokovic pada Julai lalu dan bermain dalam kejohanan Grand Slam ke-60 berturut-turut.

“Saya mengalu-alukan peluang untuk bermain dengan Marin,” kata Federer. “Dia seorang lelaki yang hebat. Kami bermain dalam perlawanan yang amat sukar sekali di Toronto. Saya rasa saya memerlukan sembilan mata akhir perlawanan untuk merapatiny­a dan

“Saya mengalualu­kan peluang untuk bermain dengan ” Marin. Roger Federer Bintang tenis Switzerlan­d

menewaskan­nya pada tengah malam, 6- 4 dalam set ketiga, jadi kita tahu apa yang perlu dijangkaka­n.”

Federer sudah meningkat sejak dua lawatan terakhirny­a ke New York – disingkirk­an pada peringkat suku akhir oleh Tomas Berdych pada 2012 dan kekalahan pada pusingan keempat yang melemahkan semangat kepada Tommy Robredo 12 bulan lalu.

Kemenangan pada hari ini akan meletakkan­nya dalam perlawanan akhir ketujuh tetapi pertama sejak 2009 ketika dia digulingka­n selaku juara oleh Juan Martin del Potro.

Djokovic, pemain nombor satu dunia dan pemenang kejuaraan Grand Slam sebanyak tujuh kali, menentang Kei Nishikori dari Jepun dalam perlawanan separuh akhir pertama pada hari ini.

Ia adalah perlawanan separuh akhir Terbuka AS yang kelapan berturut-turut bagi pemain Serbia itu selepas melupakan kekalahann­ya sebelum ini dalam acaraacara Masters di Toronto dan Cincinnati, kesan keletihan ekoran kemenangan keduanya di Wimbledon.

“Saya mahu mempamerka­n tenis terbaik saya di Terbuka AS, dan saya tahu ia akan berlaku,” kata Djokovic dan penurunan prestasiny­a pasca Wimbledon tidak begitu mengejutka­n selepas dia melaburkan begitu banyak tenaga ke dalam perkahwina­nnya dan hakikat bahawa dia bakal menjadi seorang bapa.

Djokovic, yang sudah mara ke empat perlawanan akhir terakhir di Terbuka AS, memenangi pertarunga­n fizikal yang sengit dengan musuh lama Andy Murray pada peringkat suku akhir dalam kemenangan empat set yang mempamerka­n kemahiran pertahanan­nya yang mantap – dia menyelamat­kan lapan daripada 12 mata break yang dia hadapi – selain staminanya.

Djokovic dan Nishikori sudah bertemu hanya dua kali sahaja dan pemain Serbia tersebut menang dalam straight set di Terbuka Perancis 2010 sebelum bintang Jepun itu membalas dendam dengan kemenangan separuh akhir di gelanggang keras Basel setahun kemudian.

Kedua-dua pemain sepatutnya bertemu pada peringkat separuh akhir kejohanan Master Miami pada tahun ini tetapi Nishikori, selepas menyingkir­kan Federer, terpaksa menarik diri kerana cedera pangkal paha. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERPUAS HATI: Federer meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Gael Monfils pada saingan suku akhir Terbuka AS di Pusat Tenis Antarabang­sa Billie Jean King di New York City. Federer menang dengan 4-6, 3-6, 6-4, 7-5, 6-2.
— Gambar AFP BERPUAS HATI: Federer meraikan kejayaanny­a menumpaska­n Gael Monfils pada saingan suku akhir Terbuka AS di Pusat Tenis Antarabang­sa Billie Jean King di New York City. Federer menang dengan 4-6, 3-6, 6-4, 7-5, 6-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia