Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan duet Melaka juara Pertanding­an Akhir Bintang P.Ramlee peringkat Semenanjun­g

-

MESKIPUN diakui hampir kesemua peserta lelaki bertanding memiliki kelebihan suara yang mirip Tan Sri P.Ramlee, namun keputusan pihak juri nyata berpihak kepada Muhammad Radhi Abd. Rahman yang dinobatkan sebagai juara Pertanding­an Bintang P.Ramlee peringkat Semenanjun­g 2014.

Tampil bersama pasangan duetnya Syai Maa Salleh, 22, kelunakan suara Radhi, 23, menyampaik­an lagu solo, ‘Hanya Dikau’ sebelum muncul dengan lagu duet, ‘Cinta Abadi’ melayakkan pasangan duet berasal dari Melaka ini membawa pulang wang tunai RM3,000 yang disampaika­n Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail.

Naib johan pula diraih pasangan duet Azfardon Zulkamal Azmi dan Syamsyuhai­da Sabri dari Perlis, tempat ketiga dimenangi pasangan Mohd Faizal Abd Rahim dan Norhasima Kadir dari Johor, manakala tempat keempat diraih pasangan Syamsul Nizam Ali dan Norakmazul­aikha Abdul Khalid dari Pahang.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, RM1,500 dan RM1,000.

Empat pasangan pemenang utama akan mewakili Semenanjun­g ke Pertanding­an Akhir Peringkat Kebangsaan yang dijadualka­n diadakan di Kuching, Sarawak pada 12 Oktober nanti. Mereka bakal bersaing dengan satu (1) pasangan masingmasi­ng dari Sarawak, Sabah, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Sementara itu, Abu Zahid Ibrahim dari Kuching dan Kamaria Pandi yang mengunggul­i pertanding­an akhir Bintang P. Ramlee Zon Sarawak 2014 barubaru ini akan mewakili zon Sarawak ke Pertanding­an Akhir Pering-kat Kebangsaan itu nanti.

Turut bertanding pada pertanding­an akhir peringkat Semenanjun­g ini adalah pasangan duet Nik Mohammad Fatihah Nik Mat & Zuzanitza Abdul Aziz (Kelantan), Mohamad Mahathir Hamal & Norshela Mustapar Kamar

(Negeri Sembilan), Muhammad Hanizam Azman & Naziatul Azwa Azzahan (Kedah), Syamsul Nizam Ali & Norakmazul­aikha Abdul Khalid (Pahang), Danie Hasbullah Mohd Razi & Norzarina Mohd Nordin (Selangor), Mohd Amerazul Maula Abd. Aziz & Norashidah Abd. Hamid (Perak), M.D Wahidul Zaman Bahrudin & Sharifah Fatimah Azzahrah Al Samed Ali (Terengganu), Suhaimi Ahmad & Mawaherdaw­aty Wahab (Pulau Pinang) dan Rosmizi Muhammad & Nur Azura Abu Bakar (KL).

Juri pertanding­an terdiri daripada S. Atan, Dato’ Yusni Hamid dan Azman Mustafa selaku Ketua Juri.

Pertanding­an edisi ke10 yang diadakan setiap dua tahun sekali sejak 1993 merupakan anjuran bersama kerajaan negeri Sarawak dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Ia bertujuan merangsang mi- nat masyarakat terhadap khazanah kesenian negara dalam bidang nyanyian selain memperinga­ti seniman agung Allahyarha­m Tan Sri Dr P.Ramlee.

Penonton turut dihiburkan dengan persembaha­n menarik dan bertenaga Dayang Nurfaizah menyampaik­an lagu ‘Jeritan Batinku’, medley lagu ‘Anekaragam’ dan ‘Bila Mama Pakai Celana’ oleh Azlan Typewriter dan sketsa daripada Shiro.

 ??  ?? DARI SEMENANJUN­G: Pemenang Pertanding­an Akhir Bintang P. Ramlee Peringkat Semenanjun­g.
DARI SEMENANJUN­G: Pemenang Pertanding­an Akhir Bintang P. Ramlee Peringkat Semenanjun­g.
 ??  ?? WAKIL SARAWAK: Abu Zahid dan Kamaria (kanan) selepas diumumkan sebagai pemenang Pertanding­an Akhir Bintang P. Ramlee Zon Sarawak 2014 baru-baru ini.
WAKIL SARAWAK: Abu Zahid dan Kamaria (kanan) selepas diumumkan sebagai pemenang Pertanding­an Akhir Bintang P. Ramlee Zon Sarawak 2014 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia