Utusan Borneo (Sarawak)

Iran bebas aktivis hak asasi manusia Belanda

-

THE HAGUE: Seorang aktivis hak asasi manusia Belanda-Iran yang dijatuhkan hukuman mati di Iran telah dibebaskan serta dibenarkan untuk pulang ke Belanda, anak lelakinya memberitah­u sebuah agensi media Belanda semalam.

Abdullah al- Mansouri, 69, tiba di tanah air pada 20 Ogos, anak lelakinya Adnan memberitah­u agensi media ANP.

“Beliau tidak menjangka akan keluar dari penjara hidup- hidup,” kata anak lelakinya.

Seorang pejuang bagi hak asasi puak minoriti Arab di Iran, Mansouri telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2007 bagi “kegiatan keganasan”, namun ini kemudian diringanka­n kepada penjara selama 15 tahun.

Beliau tidak mengetahui kenapa beliau telah dibebaskan begitu awal, lapor ANP. Anak lelakinya menyatakan banduan Iran boleh dibebaskan awal kerana berkelakuk­an baik.

Mansouri telah disabitkan bagi kerjanya di wilayah Khuzestan di barat Iran, di mana majoriti penduduk Sunnah- Iran telah mendesak bagi kuasa autonomi yang lebih meluas.

Organisasi hak asasi manusia telah menuduh kerajaan sebagai menindas bahasa dan budaya penduduk Arab Iran, merampas tanah dan membunuh penunjuk perasaan.

Kaya dengan minyak, wilayah tersebut melihat beberapa kejadian pengeboman oleh puak pemisah pada pertengaha­n 2000.

Mansouri telah menerima anugerah bagi kerja-kerjanya yang menyokong puak minoriti Arab oleh Ratu Beatrix. Beliau mendapat kerakyatan Belanda pada tahun 1980 selepas meninggalk­an Iran.

Beliau ditangkap pada Mei 2006 di Syria, sekutu rapat Tehran, dan diekstradi­sikan ke Iran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia