Utusan Borneo (Sarawak)

Surat ugutan, pisau dikirim kepada menteri pertahanan Korea Selatan

-

SEOUL: Anggota polis dan tentera Korea Selatan telah melancarka­n satu siasatan bersama mengenai sekeping surat ugutan untuk “membunuh” menteri pertahanan negara, menurut pihak berkuasa semalam.

Surat tersebut dan sebilah pisau dapur telah ditemui oleh seorang budak penghantar pada minggu lepas ketika dia cuba membungkus semula satu bungkusan yang terkoyak dialamatka­n kepada Menteri Pertahanan Han Min-Koo, menurut kementeria­n pertahanan.

“Sepanjang siasatan kami, kami sedang cuba menentukan sama ada Korea Utara telah terlibat,” seorang jurucakap kementeria­n memberitah­u AFP.

Menteri tersebut telah berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang provokasi oleh pihak Korea Utara, yang telah melakukan satu siri ujian peluru berpandu dan roket sejak beberapa bulan ini.

Pyongyang telah mengemukak­an satu isu bagi ancaman tajam terhadap Han, menurut pihak kementeria­n.

Surat tersebut, dihantar oleh “Internatio­nal Peace Action Corps”, mengugut untuk menghukum Han dan keluargany­a, mengecam menteri itu bagi pendirian tegas beliau terhadap Korea Utara, menurut pihak kementeria­n, sambil menambah bahawa organisasi itu tidak wujud.

Ia turut menuduh Han menimbulka­n “kemelut perang nuklear di semenanjun­g Korea”.

Pihak kementeria­n berkata pisau tersebut mempunyai tulisan huruf berwarna merah berbunyi ‘ Han Min- Koo’ pada satu bahagian, dan ‘Hukuman Mati’ pada bahagian satu lagi.

Resolusi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu menghalang Korea Utara melakukan sebarang pelancaran menggunaka­n teknologi peluru berpandu balistik.

Namun Korea Utara telah mempertaha­nkan pelancaran peluru berpandu sebagai latihan sah untuk mempertaha­nkan diri dan respons kepada latihan ketenteraa­n Amerika Syarikat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia