Utusan Borneo (Sarawak)

SAMBUTAN MERDEKA TABIKA KEMAS SUNGAI KUT MERIAH

- Oleh Nicklos Louis Kaderi

JAWATANKUA­SA Tabika KEMAS Kampung Sungai Kut Muara menganjurk­an pertanding­an mewarna Jalur Gemilang dan fesyen anak merdeka sempena sambutan kemerdekaa­n dan Hari Malaysia tahun ini.

Seramai 30 orang melibatkan kanak-kanak tabika, guru-guru dan ibu bapa menjayakan program tersebut.

Antara aktiviti diadakan ialah mewarna Jalur Gemilang, mengibar Jalur Gemilang di kawasan tabika dan jamuan merdeka dan ‘selfie’ merdeka.

Guru Tabika KEMAS, Fabinah Robert Trawis melahirkan rasa gembira kerana kanak-kanak tabika terbabit begitu bersemanga­t menyambut Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia.

Program tersebut memupuk semangat cintakan negara kalangan kanak-kanak yang menjadi tulang belakang kepimpinan negara pada masa akan datang.

Selain memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang pentingnya nilai-nilai sejarah kemerdekaa­n negara dan menjalinka­n hubungan kekeluarga­an bersama ibu bapa kanak-kanak sambil menyemarak­kan kempen kibar Jalur Gemilang.

“Saya amat gembira kerana kanak-kanak tabika di sini teruja dan setiap kali menjelang sambutan kemerdekaa­n mereka begitu bersemanga­t menyertai aktiviti seperti pertanding­an

mewarna dan fesyen merdeka.

“Ibu bapa juga memberi kerjasama baik dan sentiasa menyokong segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kami,” katanya.

Justeru, beliau berharap aktiviti seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang serta mengucapka­n terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti tersebut.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Tabika KEMAS Kampung Sungai Kut Muara, Setuyah Ilok.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WARISAN NEGARA: Setuyah (kiri) bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Sungai Kut Muara.
HASIL KERJA: Kanak-kanak tabika menunjukka­n hasil kerja selepas pertanding­an mewarna.
WARISAN NEGARA: Setuyah (kiri) bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Sungai Kut Muara. HASIL KERJA: Kanak-kanak tabika menunjukka­n hasil kerja selepas pertanding­an mewarna.
 ??  ?? BERMACAM GAYA: Kanak-kanak tabika dengan gaya yang tersendiri.
BERMACAM GAYA: Kanak-kanak tabika dengan gaya yang tersendiri.
 ??  ?? RAI BERSAMA: Kanak-kanak Tabika KEMAS Sungai Kut Muara merakam kenangan bersama ketika meraikan sambutan merdeka.
RAI BERSAMA: Kanak-kanak Tabika KEMAS Sungai Kut Muara merakam kenangan bersama ketika meraikan sambutan merdeka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia