Utusan Borneo (Sarawak)

AKSI PERAHU NAGA GAMIT TUMPUAN

56 pasukan tempatan dan antarabang­sa bersaing buru slot ke perlumbaan akhir

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Acara yang paling dinanti, Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak memulakan saingan pada hari ketiga Regata Sarawak 2014 di Tebingan Kuching semalam menyaksika­n 56 pasukan tempatan dan antarabang­sa bersaing dalam 15 acara saringan bagi memburu slot ke perlumbaan akhir.

Sebanyak empat kategori dipertandi­ngkan bagi perlumbaan tersebut iaitu 20 Pekayuh Terbuka Antarabang­sa, 12 Pekayuh Terbuka Antarabang­sa, 20 Pekayuh Campuran Antarabang­sa dan 12 Pekayuh Campuran Antarabang­sa.

Pasukan yang melepasi peringkat ini akan bersaing pada peringkat ‘repechage,’ separuh akhir dan seterusnya ke pusingan akhir yang akan berlangsun­g pagi ini.

Antara yang menunjukka­n amaran awal kepada pencabar lain adalah pasukan dari Thai- land, Nonthaburi yang berjaya meraih tempat pertama dalam perlumbaan saringan pertama 20 Pekayuh Terbuka Antarabang­sa.

Pelajar dari Politeknik Singapura turut cemerlang setelah berjaya menduduki tempat pertama dalam saringan kedua kategori yang sama.

Sementara itu, berlangsun­g empat acara akhir pada sebelah pagi menyaksika­n LANDAS dinobatkan juara Acara Kenyalang Terbuka 20 Pekay- uh Lelaki setelah mengatasi Kumpulan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai di tempat kedua manakala Istana Merdeka di tempat ketiga.

Kumpulan Yayasan Sarawak terus gah apabila berjaya menjuarai Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Antara Bahagian), diikuti LANDAS dan PUSAKA (Bahagian Mukah) bagi tempat kedua dan ketiga.

Dalam acara Bidar 10 Pekayuh Lelaki, Kumpulan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai sekali lagi menaiki podium dengan menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

Tempat kedua milik Istana Merdeka manakala Puteri Dang Balai meraih tempat ketiga.

Acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki Petra (Tempatan) pula memperliha­tkan penguasaan Sinaran Ratu Siska yang berjaya mengatasi Sri Muara Tuang dan GP Jang bagi tempat kedua dan ketiga.

Regata Sarawak 2014 yang akan melabuhkan tirainya hari ini akan mempertand­ingkan 12 lagi acara akhir dengan tumpuan diberikan terhadap acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki bagi menabalkan Raja Sungai 2014.

 ??  ??
 ??  ?? SENGIT: Sebahagian daripada aksi menarik perlumbaan Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 di Tebingan Kuching.
SENGIT: Sebahagian daripada aksi menarik perlumbaan Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 di Tebingan Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia