Utusan Borneo (Sarawak)

AF 2014 singkap tirai konsert mulai malam ini

-

PROGRAM realiti nyanyian popular Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) akan membuka tirai konsert mingguanny­a bermula malam ini di mana ia juga boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran rasmi di Astro Ria (104) dan dalam definisi tinggi di Maya HD (135) bermula jam 9.00 malam.

Malam ini akan menyaksika­n seramai 12 orang pelajar akan membuat persembaha­n secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menarik undian orang ramai.

Mereka terdiri daripada enam orang pelajar lelaki iaitu AZWAN; [Azwan Satar, 30, Johor], EWAL; [Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Perak], FIRMAN; [Mhd Firman Bansir, 25, Sabah], AMAN; [Mohd Razman Abd Aziz, 21, Melaka], ZARIF; [Muhd Zharif Mohd Kamil, 26, Johor] dan FAREZ; [Muhammad Fareezuan Adnan, 19, Kuala Lumpur].

Manakala enam orang lagi ialah pelajar perempuan iaitu ADEL; [Adeline Joyce Masidah, 21, Sabah], MUNA; [Muna Shahirah Munadi, 20, Johor], NINA; [Nina Nadira Naharuddin, 22, Selangor], ZIHA; [Nor Aziha Md Salleh, 20, Johor], NUHA; [Syamila Nuhair Zainordi, 21, Perak] dan WAWA; [Walfadhila­h Suhaizat, 19, Selangor].

Mereka yang telah disenaraik­an ini telah dipilih menerusi sesi uji bakat yang berlangsun­g selama dua minggu di empat buah lokasi iaitu Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Selangor pada Jun lalu dan juga telah melalui beberapa saringan untuk dipilih berada dalam 12 senarai pelajar AF 2014 terbaik.

Rutin seharian para pelajar ini dalam menjalani kehidupan di akademi dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 malam. Manakala Konsert Mingguan AF pula akan bersiaran secara langsung, setiap hari Ahad jam 9.00 malam.

Bagi merancakka­n lagi musim ini, Konsert Minggu Pertama dan Minggu Akhir AF 2014 juga akan ditayangka­n secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Maya HD (135) untuk memberi lebih pilihan kepada para penonton.

Para penonton juga mempunyai pilihan untuk menonton kedua-dua buah program ini menerusi perkhidmat­an Astro OnThe-Go menerusi peranti tablet, telefon pintar ataupun komputer.

Untuk musim terbaharu ini, AF 2014 kembali dengan pengisian yang lebih mantap dengan membawa masuk kembali format asal Akademi Fantasia sewaktu ia kali pertama diterbitka­n pada tahun 2003.

Barisan tenaga pengajar juga cukup sinonim dengan AF serta pernah menyumbang­kan khidmat dan kepakaran untuk mendidik bakal-bakal bintang dalam musim terdahulu iaitu Acis sebagai Guru Muzik dan Pengarah Muzik Konsert, Siti Hajar (Guru Vokal), Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan Kareografi) dan Marlia Musa (Guru Seni Persembaha­n) manakala Zizan Razak sekali lagi diberi tanggungja­wab sebagai pengacara konsert.

Pelawak dan pelakon yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini iaitu Jihan Muse pula dilantik sebagai Pengacara Diari AF.

AF 2014 juga masih lagi mengekalka­n format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan akan tersingkir.

Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa. Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www. af.com.my atau tekan butang merah ‘R’ di alat kawalan jauh anda.

 ??  ??
 ??  ?? AMAN
FAREZ
AZWAN
FIRMAN
EWAL
ZARIF
AMAN FAREZ AZWAN FIRMAN EWAL ZARIF
 ??  ?? ADEL
MUNA
ADEL MUNA
 ??  ?? WAWA
ZIHA
WAWA ZIHA
 ??  ?? NINA
NINA
 ??  ?? NUHA
NUHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia