Utusan Borneo (Sarawak)

Dipukul gara-gara salah hidang mi goreng

Pesan mi goreng kering datang mi goreng basah, pembantu kedai cedera dibelasah

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Gara-gara memesan mi goreng kering tetapi dihidang mi goreng basah, seorang pelanggan naik berang lalu bertindak mencederak­an seorang pembantu kedai sehingga menerima empat jahitan di muka, petang kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an memesan mi kering di sebuah kedai kopi di bandar ini.

Selepas siap dimasak, tukang masak wanita di kedai itu menyuruh anak lelakinya yang berumur 20-an menghantar mi berkenaan kepada pelanggan terbabit.

“Apabila mendapati mi yang dipesannya bukan mi goreng kering, pelanggan itu dikatakan naik berang lalu bertindak menumbuk mata anak tukang masak tersebut menyebabka­n cermin mata sebelah kirinya pecah.

“Akibatnya, bahagian ba-

Apabila mendapati mi yang dipesannya bukan mi goreng kering, pelanggan itu dikatakan naik berang lalu bertindak menumbuk mata anak tukang masak tersebut menyebabka­n cermin

” mata sebelah kirinya pecah.

Sumber

wah mata kiri mangsa luka dan berdarah terkena serpihan kaca,” katanya.

Melihat kecederaan yang dialami agak serius, ibu dan isteri mangsa bergegas meng- hantarnya ke Hospital Sibu untuk mendapat rawatan.

Selain menerima empat jahitan di bahagian bawah mata kiri, muka mangsa juga didapati lebam.

Mangsa kemudian diiringi ahli keluargany­a membuat laporan polis pada malam itu juga.

Bertindak atas maklumat, polis menjalanka­n siasatan dan pergi ke lokasi kejadian serta memanggil suspek supaya datang ke balai untuk membantu siasatan.

Pada jam 8 pagi semalam, suspek pergi ke balai dan berjumpa dengan ibu mangsa untuk meminta maaf atas tindakan tidak beradabnya.

Suspek juga memberi alasan bahawa dia mungkin telah ‘dirasuk hantu’ menyebabka­nnya hilang kawalan diri sehingga bertindak sedemikian.

Namun, ahli keluarga mangsa hanya berserah kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan terhadap suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia