Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki cuba mengedar dadah dicekup dekat pusat hiburan

-

LIMBANG: Kelibat seorang lelaki yang berlegar- legar berdekatan sebuah pusat hiburan untuk mendapatka­n pelanggan bagi urusan menjual dadah akhirnya memakan diri apabila tindakanny­a dipatahkan sepasukan anggota polis yang meronda di kawasan tersebut awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian sekitar 2.15 pagi itu, suspek, 33, dari Jalan Pandaruan di sini ditahan ketika berada di dalam keretanya jenis Proton Iswara.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan berkata, pemeriksaa­n ke atas suspek tidak menjumpai barang yang mencurigak­an.

“Bagaimanap­un, selepas pemeriksaa­n lanjut dijalankan di dalam kereta terbabit, kita menjumpai satu peket plastik lutsinar mengandung­i 19 keratan tiub straw berwarna oren, 18 keratan tiub bewarna merah jambu dan lapan keratan tiub straw bewarna biru yang dipercayai dadah jenis syabu,” katanya.

Mohd Bukhori berkata, sebanyak 45 keratan kecil tiub straw pelbagai warna yang berisi ketulan dadah syabu dirampas dengan berat kasar keseluruha­n 5.8 gram.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Limbang untuk tindakan lanjut. Ujian awal saringan air kencing menunjukka­n suspek juga positif dadah jenis Methamphet­amine,” jelasnya.

Katanya lagi, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Selasa depan.

Kes tersebut, jelasnya, akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam pada itu, Mohd Bukhori berkata hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan Kampung Pahlawan dan bandar Limbang sejak sebulan lepas.

“Suspek juga mendapat bekalan dadah jenis syabu dalam bentuk satu peket plastik yang berharga lebih kurang RM600 dan dijadikan dalam bentuk tiub straw untuk diedarkan kepada penagih dengan harga RM30 setiub.

“Dalam siasatan sama, suspek memaklumka­n membeli dadah syabu daripada seorang lelaki Melayu daripada negara jiran dan di pusat bandar,” katanya.

 ??  ?? DITAHAN: Suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam.
DITAHAN: Suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia