Utusan Borneo (Sarawak)

SDNU mahu siasatan segera kenyataan hina kaum Dayak

-

KUCHING: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) mahu polis mempercepa­tkan siasatan terhadap pemilik-pemilik laman sosial Facebook atas kenyataan berbaur perkauman serta berunsur hasutan terhadap masyarakat Dayak.

Timbalan Presiden SDNU Anthony Banyan berkata, ia harus dijadikan pengajaran agar tidak ada lagi individu yang menyentuh isu sensitif mengenai perkauman, agama serta budaya di negara berbilang kaum ini.

“Kita mahu polis mengambil tindakan tegas tanpa berlengah-lengah lagi agar kes seperti ini tidak lagi berulang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong di sini, semalam.

Beliau membuat laporan polis terhadap Jemaah ISIS Malaysia bagi mewakili SDNU pusat, selain SDNU cawangan Kota Samarahan, Demak Laut, Semerah Padi dan BDC Stutong.

Sebelum ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak lain turut membuat laporan polis terhadap JIM.

Katanya, kenyataan sedemikian yang tersebar luas dalam Facebook boleh mengancam perpaduan rakyat di Semenanjun­g Malaysia dengan penduduk Sabah dan Sarawak.

SDNU serta Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) pada masa sama turut membuat laporan polis terhadap laman Facebook ‘Biawak Kenak Ulser’ atas kenyataan kesat yang menghina serta membangkit­kan kemarahan masyarakat Dayak.

“Apabila ada orang yang mengata Dayak, bukan sahaja kita di Sarawak yang berasa, malah Dayak di Kalimantan turut terjejas daripada kenyataan sedemikian,” katanya.

 ??  ?? SERIUS: Banyan (tengah) memegang laporan polis manakala ahli-ahli SDNU lain memegang poster tanda protes kenyataan berbaur perkauman dan berunsur hasutan.
SERIUS: Banyan (tengah) memegang laporan polis manakala ahli-ahli SDNU lain memegang poster tanda protes kenyataan berbaur perkauman dan berunsur hasutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia