Utusan Borneo (Sarawak)

Tolak anasir gugat perpaduan: KM

Rakyat S’wak mengamalka­n konsep harmoni yang kukuh antara kaum

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Hubungan antara kaum yang begitu kukuh perlu terus dipelihara dengan menolak anasir yang cuba memecahbel­ahkan perpaduan yang diamalkan sejak sekian lama di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, di Sarawak tidak berlaku pergaduhan seperti apa yang berlaku di sesetengah tempat di negara ini sehingga membawa kepada perpecahan kaum.

Katanya, Sarawak mengamalka­n konsep perpaduan yang utuh dan kukuh, bahkan menolak sebarang tindakan yang boleh menggugat perpaduan antara kaum.

“Kita tidak akan gaduh macam orang lain, tapi ada orang di Malaysia, sikit-sikit mahu gaduh, sikit-sikit mahu gaduh. Kita Sarawak tidak mahu gaduh. Negeri Sarawak ini cukup untuk semua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Karnival Tanglung Bintulu dan ‘ Maju Sarawak Run’ yang disertai 2,200 peserta pelbagai kaum di Dataran Esplaned di sini, malam kelmarin.

Program itu dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Cina Berdaftar ( FORCA) Bintulu, Pejabat Residen Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Sehubungan itu, Ketua Menteri mengingatk­an rakyat agar tidak mengeluark­an katakata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum yang ada di negeri ini.

“Jangan cakap, kamu orang Cina pulang Cina, kamu orang

Kita tidak akan gaduh macam orang lain, tapi ada orang di Malaysia, sikit-sikit mahu gaduh, sikit-sikit mahu gaduh. Kita Sarawak tidak mahu gaduh. Negeri

” Sarawak ini cukup untuk semua. Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem Ketua Menteri

India pulang India, kamu orang Melayu pulang Indonesia. Jangan cakap macam itu. Ia tidak bagus.

“Sarawak ini semua kita punya, cukup untuk semua orang. Jangan bergaduh macam orang lain. Sikit-sikit mahu gaduh. Pasal agama pun mahu gaduh.

“Kamu Kristian, Buddha, Islam, suka hati (untuk dianuti dan diamalkan). Apa mahu gaduh-gaduh,” ujarnya yang memberi jaminan bahawa pelbagai kaum negeri ini bebas mengamal dan menganuti agama masing-masing.

Beliau turut merujuk kepada rekaan tanglung yang berwarna- warni dengan warna merah, kuning, hijau, putih, biru mencermink­an kepelbagai­an kaum Sarawak yang hidup aman harmoni di bawah satu bumbung.

Sementara itu, Adenan berkata pesta tanglung itu meletakkan Bintulu dalam peta dunia, Malaysia dan pelanconga­n.

Katanya, Bintulu tidak harus sekadar dilihat sebagai lokasi industri pengeluar minyak dan gas sahaja memandangk­an bahagian ini turut mempunyai beberapa tarikan lain.

“Jangan hanya fikir Bintulu ini ada minyak dan gas sahaja. Sebaliknya, kita mahu Bintulu ini mempunyai orang yang baik, ada festival tanglung dan mahu ramai orang datang ke sini khasnya pelancong,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran ramai orang terutamany­a pelancong ke Bintulu amat baik untuk menjana pendapatan dan perkembang­an perniagaan yang pelbagai.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri akan memberi sokongan dan bantuan bagi penganjura­n pesta tanglung agar dapat diadakan setiap tahun supaya mampu menarik lebih ramai ke Bintulu terutamany­a pelancong asing pada masa hadapan.

“Tahniah kepada penganjur kerana dapat mengadakan program ( pesta tanglung) yang mampu menarik kehadiran beribu-ribu orang.

“Jika Kuching, Baram untuk regata dan Miri untuk festival jazz, maka Bintulu tidak hanya mempunyai minyak dan gas tetapi festival tanglung,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Cina Malaysia Tan Sri Pheng Yin Huah dalam ucapan alu-aluannya berkata, mempromosi­kan perayaan tradisi kaum Cina kepada kaum lain memberi peluang kepada mereka yang mengamalka­n budaya berbeza untuk mengenali dan berinterak­si antara satu sama lain.

Beliau mengambil contoh, pesta tanglung yang diadakan bukan sahaja dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum bahkan dapat membangunk­an sektor pelanconga­n di negeri ini.

Justeru, katanya, aktiviti seumpamany­a yang membawa kepada pembanguna­n ekonomi tempatan dan perpaduan kaum perlu digalakkan.

Katanya, karnival yang telah memasuki tahun kelima penganjura­nnya itu semakin mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat setempat.

Penaja utama acara ‘Maju Sarawak Run’ Temenggung Barry Yek Siew Hui pula berkata, pesta tanglung itu berjaya menghimpun­kan pelbagai kaum bersama.

Katanya, karnival itu bukan sahaja memupuk interaksi sesama kaum, hubungan mesra dan dapat mengenali antara satu sama lain, bahkan dapat memupuk perpaduan antara kaum di negeri ini.

“Pesta tanglung di Bintulu itu kini semakin popular dengan kehadiran ramai orang serta sokongan pelbagai pihak sejak diperkenal­kan empat tahun lalu.

“Melaluinya kini orang ramai dapat mengetahui mengenai Bintulu dan Sarawak,” ujarnya sambil menambah karnival itu berjaya meletakkan Bintulu dalam peta dunia.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomuni­kasi) merangkap Menteri Muda Pembanguna­n Belia (Luar Bandar)dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

 ??  ?? MESRA RAKYAT: Adenan dan Jamilah bersalaman dengan rakyat pelbagai kaum yang menyambut ketibaan mereka di Dataran Esplaned Bintulu, malam kelmarin.
MESRA RAKYAT: Adenan dan Jamilah bersalaman dengan rakyat pelbagai kaum yang menyambut ketibaan mereka di Dataran Esplaned Bintulu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia