Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Makanan Sarawak tampil gerai negara EATOF

-

KUCHING: Festival Makanan Sarawak 2014 yang turut menampilka­n beberapa gerai negara anggota Forum Pelanconga­n Antara Wilayah Asia Timur (EATOF) dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Majlis perasmian di lokasi festival iaitu Tebingan Kuching di sini malam kelmarin turut disempurna­kan bersama oleh ketua- ketua delegasi anggota wilayah EATOF.

Abang Johari dan ketuaketua delegasi sempat meluangkan masa melawat gerai makanan sebelum singgah untuk mencuba makanan asli daripada negara-negara anggota.

Turut hadir pada majlis berkenaan isteri Abang Johari Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Pembanguna­n Usahawan Bumiputera) Datuk Mohd Naroden Majais, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n Datuk Ik Pahon Joyik dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Antara anggota wilayah EATOF yang menyertai festival makanan tersebut adalah Jepun, Korea, China, Filipina, Laos, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Orang ramai yang ingin mengunjung­i festival itu boleh melawat gerai- gerai berkenaan yang menawarkan pelbagai makanan pada harga berpatutan.

Sementara itu, pada majlis pelancaran Regata Sarawak 2014 semalam, Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem turut meluangkan masa melawat gerai-gerai pada festival makanan tersebut yang menghimpun­kan makanan dari pelbagai rumpun.

Ketua-ketua delegasi berkenaan berada di bandar raya ini bagi menghadiri Perhimpuna­n Agung EATOF Ke-14 dari 4 hingga 9 September yang menyaksika­n Sarawak (Malaysia) sebagai tuan rumah.

 ??  ?? PELBAGAI CITA RASA: Abang Johari (dua kanan) bersama ketuaketua delegasi EATOF menunjukka­n buku yang mengandung­i pelbagai sajian makanan negara anggota EATOF pada majlis perasmian Festival Makanan Sarawak 2014, malam kelmarin.
PELBAGAI CITA RASA: Abang Johari (dua kanan) bersama ketuaketua delegasi EATOF menunjukka­n buku yang mengandung­i pelbagai sajian makanan negara anggota EATOF pada majlis perasmian Festival Makanan Sarawak 2014, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia