Utusan Borneo (Sarawak)

SIDS perlu pemimpin pelapis muda

Tiba masanya barisan kepimpinan diserahkan kepada generasi baharu

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarakup Indu Dayak Sarawak ( SIDS) yang merupakan sebuah pertubuhan wanita kaum Iban memerlukan pemimpin pelapis dari golongan muda untuk meneruskan peranan dan perjuangan­nya.

Pengerusin­ya Dato Sri Empiang Jabu berkata, sudah tiba masanya barisan kepimpinan yang diterajui oleh beliau sejak tahun 1984 diserahkan kepada pemimpin muda yang berkarisma serta komited untuk memajukan anak bangsa kaum Dayak.

“Ibu Pejabat SIDS dan cawangan-cawangan yang ada amat memerlukan keahlian yang lebih ramai terutama dari golongan muda untuk membantu SIDS melaksanak­an pelbagai program dan aktiviti ke arah pembanguna­n ahli-ahlinya dan masyarakat.

“Untuk pengetahua­n anda dalam sebulan tidak kurang daripada dua atau tiga aktiviti atau program dijalankan SIDS sama ada sebagai penganjur mahupun dengan kerjasama organisasi yang lain.

“Sebab itu, kami di SIDS amat memerlukan pemimpin- pemimpin muda yang akan mengambil alih barisan kepimpinan serta meneruskan perjuangan SIDS dalam memajukan anak bangsa Dayak agar setanding kaum-kaum lain di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Insentif Pelajar Cemerlang 2013 anjuran Jawatankua­sa Tabung Pelajar SIDS di sebuah hotel di sini semalam.

Menjelas lanjut mengenai peranan SIDS, Empiang yang juga isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, SIDS sama ada di peringkat ibu pejabat mahupun cawangan terlibat dalam banyak aktiviti dan program.

Antaranya yang baharu sahaja selesai baru-baru ini, mesyuarat dua tahun sekali disusuli majlis makan malam yang dihadiri oleh semua 24 cawangan SIDS di seluruh Sarawak.

Selain itu, menurut Empiang, SIDS memainkan peranan dalam memberi penerangan kepada masyarakat terutama di kalangan ahli-ahlinya mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) yang akan berkuat kuasa April 2015.

Bagi membantu membangunk­an ekonomi kaum wanita Dayak, katanya, SIDS juga telah mengadakan bengkel membuat manik moden untuk ahli-ahlinya bagi tujuan perniagaan.

Akan datang, SIDS terlibat dalam acara perbarisan sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak manakala dua ahlinya akan mengikuti Hari Wanita di Kuala Lumpur selain penyertaan pada Hari Malaysia.

“Tujuan saya menjelaska­n program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dan bakal disertai oleh SIDS adalah dengan harapan agar

Sebab itu, kami di SIDS amat memerlukan pemimpinpe­mimpin muda yang akan mengambil alih barisan kepimpinan serta meneruskan perjuangan SIDS dalam memajukan anak bangsa Dayak agar setanding kaum-kaum lain di

“negara ini. Dato Sri Empiang Jabu Pengerusi SIDS

ahli-ahli akan lebih aktif dan membantu SIDS sama ada di peringkat ibu pejabat mahupun cawangan.

“Tidak kurang juga yang mempersoal­kan peranan SIDS tetapi inilah sebenarnya yang dilakukan oleh kita di SIDS, bukan sekadar sebuah persatuan tanpa sebarang sumbangan kepada masyarakat,” ujarnya. KUCHING: Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) semalam menyampaik­an insentif kepada 27 pelajar yang memperoleh­i keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR, PMR, SPM dan STPM 2013.

Insentif berbentuk wang tunai dan sijil itu telah disampaika­n oleh Pengerusi SIDS Dato Sri Empiang Jabu pada satu majlis ringkas yang berlangsun­g di sebuah hotel di sini.

Meskipun berlangsun­g secara sederhana, tetapi menurut Empiang, majlis itu amat bermakna bagi SIDS dalam mendorong pelajar terutama dari kalangan anak bangsa Dayak untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik.

“Sebagai kumpulan wanita Iban, pemberian insentif ini bukan sahaja sebagai pendorong kepada anak- anak tetapi pada masa yang sama untuk mendorong ibu bapa agar mengutamak­an soal pendidikan di kalangan anak-anak mereka.

“Kita harus ingat, pendidikan merupakan kunci utama kepada kejayaan dan masa depan cerah untuk bangsa kita dan sebab itulah anda semua yang merupakan golongan pelajar perlu belajar bersungguh- sungguh dan meletakkan pendidikan sebagai keutamaan dalam hidup anda,” ujarnya.

Sementara itu Setiausaha SIDS Datin Senorita Linang bagi pihak Jawatankua­sa Tabung Pelajar berkata, pen- yampaian insentif itu merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan SIDS sebagai galakan kepada pelajar untuk terus mencapai keputusan cemerlang dalam pendidikan.

Katanya, majlis ini telah dianjurkan selama 15 tahun oleh SIDS, namun kali ini disebabkan masa yang terhad maka majlis ini diadakan tanpa aktiviti ceramah motivasi seperti tahun- tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, tiga pelajar cemerlang UPSR yang menerima insentif daripada SIDS semalam ialah Chris Alvin Terence (5A), Ryan Giggs Paul Natu (5A) dan Einstein Kent Elias Nunuk George (4A).

Sembilan belas pelajar cemerlang PMR pula terdiri daripada Audrey Albert, Cornelius Orian Graty, Francis Kuding Kuah, Irene Maderina Marcus Paulus, Jeanyfer Albert Sekudan, Muna Lassandra King Robert, Naedya Octovia Lemba Narang, Natalie Surau Paul Natu, Patrick Dominian Engkiribau, Priska Leha Keery, Shanta Lucasta Tiam, Stephanie Alma Jong, Sylvester Delon Jo, Aliester Edwin, Anabael Justin Janggi, Elvis Chasel Paling, Andrica Leja Kelly, Felicity Liew dan Roseshirla Mud.

Manakala, empat pelajar SPM ialah Amenda Leja Kelly, Boniface Voon, Gibson Ketit Peter Libu dan Roseanna Robert dan seorang pelajar cemerlang STPM iaitu Nicholas Lidang Mud yang memperoleh­i keputusan CGPA 3.59.

 ??  ?? CEMERLANG: Empiang menyampaik­an sijil dan insentif pelajar cemerlang kepada Sylvester Delon Jo yang memperoleh­i keputusan 7A dalam peperikaan PMR 2013.
CEMERLANG: Empiang menyampaik­an sijil dan insentif pelajar cemerlang kepada Sylvester Delon Jo yang memperoleh­i keputusan 7A dalam peperikaan PMR 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia