Utusan Borneo (Sarawak)

SBFM Industries terus capai kemajuan

-

SIBU: SBFM Industries Sdn Bhd (SBFM), salah sebuah anak syarikat dalam Kumpulan KTS, terus berkembang maju sejak ditubuhkan 40 tahun lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan KTS Dato Henry Lau Lee Kong berkata, syarikat itu yang ditubuhkan pada 11 November 1974 pada mulanya hanya mengeluark­an tiga jenis biskut sahaja.

“Namun selepas 40 tahun dalam industri makanan, SBFM telah mengeluark­an 40 jenis biskut serta 10 jenis mi segera yang berupaya memenuhi kehendak pasaran,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 SBFM di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Hadir sama Datin Sri Wong Siik Ting, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS Temenggung Vincent Lau Lee Ming, ahli Lembaga Pengarah SBFM Peter Lau King Ching, Peter Wong Hei Hung, Kueh Kwong Soon, Yeo Keng Teck, Diana Lau serta yang lain.

Menurut Henry Lau, beliau masih ingat pada tahun 1997 semasa pihak pengurusan serta ahli Lembaga Pengarah SBFM menjemput KTS yang ketika itu dibawah kepimpinan mendiang ayahnya, Dato Sri Lau Hui Kang, untuk turut serta dalam pengurusan syarikat terbabit.

Pihak pengurusan SBFM, katanya, sedar pada masa itu yang mana mereka memerlukan teknologi terkini untuk terus berkembang dan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin berkembang.

“Oleh itu, pihak syarikat memerlukan modal dan sumber manusia yang lebih kuat untuk memastikan syarikat terus bergerak ke hadapan.

“Ini berikutan pada masa sama saingan daripada pihak industri dari Semananjun­g Malaysia dan pihak dari luar negara yang cuba menguasai pasaran di Sarawak amat sengit,” jelas beliau.

Namun, dengan penyertaan KTS, syarikat mampu berkembang dari semasa ke semasa sehingga mam- pu mengeluark­an 40 jenis biskut dan 10 jenis mi segera bagi memenuhi kehendak pasaran.

Henry Lau juga memberitah­u, SBFM telah melalui perjalanan yang panjang dan kini berjaya melancarka­n jenama baharu iaitu Sabisco, kelmarin.

Beliau percaya jenama baharu biskut itu akan mampu memenuhi kehendak pasaran dari segi kualiti dan seterusnya menguasai pasaran biskut di negara ini.

Selain itu, beliau juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak terutama kakitangan atas sokongan dan bantuan sejak 40 tahun lepas.

“Ini lebih-lebih lagi ketika dalam proses syarikat memperoleh­i pensijilan halal dan sebagainya sejak beberapa tahun lepas, yang amat penting kepada syarikat untuk terus melangkah lebih jauh,” jelasnya.

Menyentuh mengenai sambutan ulang tahun ke-40 SBFM, Henry Lau berkata ini merupakan masa untuk syarikat menilai semula pencapaian yang lepas serta bagi merangka perancanga­n dan strategi masa depan untuk terus berdaya saing serta maju pada masa akan datang.

 ??  ?? ULANG TAHUN: (Dari kiri) Kueh, Vincent Lau, Datin Wong, Henry Lau serta yang lain memotong kek sempena sambutan Ulang Tahun Ke-40 SBFM Industries Sdn Bhd, malam kelmarin.
ULANG TAHUN: (Dari kiri) Kueh, Vincent Lau, Datin Wong, Henry Lau serta yang lain memotong kek sempena sambutan Ulang Tahun Ke-40 SBFM Industries Sdn Bhd, malam kelmarin.
 ??  ?? TERSEKAT: Pautan laman peperiksaa­n memasuki perkhidmat­an Penguasa Kastam Gred W41 atas talian yang dijalankan semalam gagal dibuka.
TERSEKAT: Pautan laman peperiksaa­n memasuki perkhidmat­an Penguasa Kastam Gred W41 atas talian yang dijalankan semalam gagal dibuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia