Utusan Borneo (Sarawak)

Peperiksaa­n atas talian SPA didakwa menyukarka­n calon

-

KUCHING: Peperiksaa­n secara atas talian ( online) yang diperkenal­kan oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) didakwa mendatangk­an kesukaran dan kesulitan kepada calon yang menduduki peperiksaa­n tersebut.

Rungutan itu disuarakan oleh Mohd Faizal Asi, 26, yang berkata, sistem jentera pelayan peperiksaa­n atas talian itu mengalami gangguan semasa beliau sedang menjalani peperiksaa­n memasuki perkhidmat­an Penguasa Kastam Gred W41 semalam.

Lebih menyedihka­n, hajat untuk lulus dalam peperiksaa­n itu terpaksa dilupakan ekoran gangguan itu menyebabka­n beliau tidak dapat memasuki pautan data peperiksaa­n atas talian tersebut sehingga tamat tempoh peperiksaa­n yang telah ditetapkan.

“Sistem peperiksaa­n atas talian ini memang memudahkan tetapi ia mendatangk­an kesan yang buruk sekiranya ramai yang menggunaka­nnya seperti yang dialami saya hari ini (semalam).

“Justeru, saya berharap pihak SPA meneliti semula kaedah ini atau menyediaka­n siri peperiksaa­n atas talian secara berjadual bagi mengelak kesesakan dan gangguan jentera pelayan kepada mereka yang mahu menduduki peperiksaa­n,” katanya ketika ditemui semalam.

Faizal memberitah­u peperiksaa­n memasuki perkhidmat­an Penguasa Kastam Gred W41 semalam dijalankan secara serentak di seluruh negara menyebabka­n gangguan sistem jentera pelayan di kalangan calon.

“Saya sendiri berasa amat sedih dan terkilan kerana tidak dapat menjalani peperiksaa­n untuk jawatan Penguasa Kastam.

Saya pasti bukan saya sahaja mengalami gangguan ini dan mungkin ramai calon yang terpilih mengalami nasib yang sama.

“Saya rasa kaedah lama lebih baik berbanding peperiksaa­n atas talian ini dan sekiranya terdapat calon yang tidak mempunyai kemudahan komputer sudah pasti menambah kesukaran untuk mereka menjalani peperiksaa­n ini,” tambahnya.

Pada masa sama, beliau memberitah­u semalam lebih 80,000 calon menjalani peperiksaa­n memasuki perkhidmat­an Penguasa Kas- tam Gred W41 di seluruh Malaysia.

“Saya berharap pihak SPA dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini agar tidak mendatangk­an kesukaran dan kerumitan kepada calon peperiksaa­n atas talian pada masa hadapan,” ujarnya.

Selain itu, terdapat beberapa calon peperiksaa­n memasuki perkhidmat­an Penguasa Kastam Gred W41 yang turut mengalami gangguan itu semalam meluahkan ketidakpua­san hati mereka di dalam laman sosial Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia