Utusan Borneo (Sarawak)

Mahasiswa UNIMAS perlu komited timba ilmu: Asfia

-

KUCHING: Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) diseru memberi sepenuh komitmen dalam menuntut ilmu untuk meningkatk­an kualiti kehidupan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamed Asfia Awang Nassar berkata, ilmu pengetahua­n adalah penggerak kepada pembanguna­n jati diri, keluarga, bangsa dan negara.

“Para pelajar UNIMAS perlu komited dalam menuntut ilmu kerana hanya dengan ilmu, para pelajar bukan sahaja mampu meningkatk­an kualiti hidup sendiri, malah melangkaui keluarga, bangsa dan negara,” ujarnya ketika berucap di Program Malam Kesarjanaa­n Mahasiswa UNIMAS, kelmarin.

Majlis diadakan sempena Minggu Aluan Pelajar UNIMAS Ambilan September 2014/2015 di Arena Gemilang DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Pada masa sama, turut berlangsun­g Pertanding­an Debat Ala Parlimen Kategori Bahasa Melayu yang telah dimenangi Kolej Kediaman Cempaka.

Manakala, Debat Ala Presiden Kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi.

Beliau turut menyerahka­n hadiah kepada para pemenang setiap kategori berupa piala serta wang tunai.

Pada program tersebut juga, para pelajar berpeluang mendengar perkongsia­n ilmu serta pengalaman beliau berk- enaan sistem politik yang wujud di dunia serta bagaimana demokrasi berperlemb­agaan berfungsi di negara ini.

Program debat pula bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa baharu untuk mencungkil serta menonjolka­n bakat mereka.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar danAlumni) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman dan Ketua Penolong Pendaftar Azlan Ramli.

 ??  ?? SYABAS: Pasukan Debat Kolej Kediaman Cempaka menjulang piala selepas memenangi Pertanding­an Debat Ala Parlimen Kategori Bahasa Melayu pada Malam Kesarjanaa­n Mahasiswa UNIMAS, kelmarin. Turut kelihatan Asfia (tiga kiri) dan Mohd Fadzil (dua kiri).
SYABAS: Pasukan Debat Kolej Kediaman Cempaka menjulang piala selepas memenangi Pertanding­an Debat Ala Parlimen Kategori Bahasa Melayu pada Malam Kesarjanaa­n Mahasiswa UNIMAS, kelmarin. Turut kelihatan Asfia (tiga kiri) dan Mohd Fadzil (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia