Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai penderma darah baharu direkrut

Adenan puji usaha keras BSM Sarawak, kutipan darah naik 47 peratus tahun lepas

- Oleh Mahathir Haroun

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem memuji usaha keras Bulan Sabit Merah (BSM) Malaysia Cabang Sarawak yang berjaya merekrut ramai penderma baharu sekali gus meningkatk­an kutipan bank darah.

Pada tahun lepas, katanya, sebanyak 20,643 pain darah berjaya dikutip dengan peningkata­n lima peratus berbanding kutipan tahun 2012 dengan hanya 14,046 pain.

Menurutnya, peningkata­n kutipan darah sebanyak 47 peratus pada tahun lepas adalah yang tertinggi setakat ini.

“Sekarang, saya melihat semakin ramai masyarakat mula sedar tentang kepentinga­n menderma darah dan ia merupakan sesuatu yang positif dalam memastikan jumlah darah sentiasa mencukupi,” katanya pada Anugerah Penghargaa­n Penderma Darah 2014 di sini, semalam.

Sekarang, saya melihat semakin ramai masyarakat mula sedar tentang kepentinga­n menderma darah dan ia merupakan sesuatu yang positif dalam memastikan jumlah darah sentiasa

” mencukupi. Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem Ketua Menteri

Teks ucapan Adenan dibacakan oleh isteri beliau, Puan Sri Datuk Jamilah Anu.

Adenan menjelaska­n, kebanyakan penderma darah pada tahun lepas merupakan lelaki.

“Seperti yang saya ketahui 17,000 pain darah didermakan lelaki manakala 4,000 pain (wanita).

“Namun bilangan penderma darah wanita semakin meningkat dari tahun ke tahun,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pelbagai cara platform boleh digunakan untuk menjayakan kempen derma darah termasuk belia, badan bukan kerajaan (NGO), organisasi sosial dan agama.

“Kita harus mempelbaga­ikan kaedah untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n menderma darah,” jelasnya.

Sementara itu, Jamilah berkata, insentif memang patut diberikan kepada penderma darah sebagai menghargai jasa mereka.

“Bagi saya memberi insentif kepada mereka (penderma darah) tidak salah kerana ia merupakan cara untuk kita menghargai jasa yang diberikan.

“Ini kerana bukan semua dapat melakukan apa yang mereka lakukan (menderma darah),” kata Jamilah.

Hadir sama Naib Pengerusi PBSM Kebangsaan Datuk Dr Noordin Ab. Razak dan Pengerusi PBSM Cabang Kuching Datuk Dr Abang Rauf Abang Zain.

 ??  ?? SOKONGAN: Jamilah sambil ditemani Timbalan Pengerusi PBSM Cabang Kuching Dr Chou Chii Ming (dua kiri) melihat secara lebih dekat proses derma darah yang dijalankan.
SOKONGAN: Jamilah sambil ditemani Timbalan Pengerusi PBSM Cabang Kuching Dr Chou Chii Ming (dua kiri) melihat secara lebih dekat proses derma darah yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia