Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Cina Kuching dan Samarahan raih empat anugerah penderma darah

-

KUCHING: Seksyen Belia Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan memenangi empat daripada sepuluh anugerah yang disampaika­n pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Penderma Darah semalam.

Anugerah yang dimenangi termasuk Trofi Cabaran Datuk Amar Puan Sri Dr Laila Taib, Trofi Wilayah G.O.C, Trofi Cabaran Teo Aik bagi organisasi, kelab dan persatuan serta Trofi Cabaran Viagulam Lazaramah bagi penderma pertama.

Taiyo Yuden (S) Sdn Bhd pula memenangi Trofi Cabaran Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg bagi kumpulan sektor korporat seluruh Malaysia.

Trofi Cabaran Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zain bagi jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun dimenangi Sarawak Energy Berhad.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pula memenangi Trofi Cabaran Cho Bok bagi institusi pengajian tinggi dan sekolah.

Trofi Cabaran Datuk Fatimah Abdullah bagi bilangan teramai penderma darah wanita baharu juga menjadi milik UNIMAS.

Trofi Cabaran Dr Abang Yusof Abang Abdul Razak bagi jabatan kerajaan persekutua­n dan badan berkanun menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Liansin Trading Sdn Bhd pula membawa pulang Trofi Cabaran sektor korporat di Sarawak.

Anugerah turut disampaika­n kepada penderma individu merangkumi Goh Eng Hui dengan 205 pain, Ang Yu Lok (140 pain), Alexius Libau Tenggong (130 pain), Sopran Mohamad (125 pain) dan Kho Boon Seng (120 pain).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia