Utusan Borneo (Sarawak)

Lindungi terumbu karang Sibuti

Semua pihak digesa bekerjasam­a pastikan perairan sentiasa bersih, indah

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Usaha melindungi Taman Negara Terumbu Karang Sibuti Miri memerlukan kerjasama semua agensi dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) bagi memastikan keunikan hidupan laut itu terus terpelihar­a.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Lawrence Lai berkata, terumbu karang di perairan Sibuti, Miri begitu terkenal di kalangan para penyelam tempatan dan antarabang­sa, justeru usaha melindungi hidupan itu perlu dipergiatk­an.

“Kita bertuah kerana memiliki perairan yang kaya dengan keindahan terumbu karang. Namun keindahan terumbu karang itu tidak mencukupi, ia perlu dilindungi sepanjang masa untuk mengelak kepupusan.

“Pada masa sama, ia dapat menarik lebih ramai lagi pelancong khususnya di kalangan penyelam-penyelam dalam dan luar negara.

“Kita mahu Miri bukan sahaja terkenal kerana terumbu karang yang cantik tetapi terumbu karang yang sihat dan terpelihar­a,” ujarnya berucap merasmikan aktiviti membersihk­an Taman Negara Terumbu Karang Sibuti Miri dan gotong- royong membersihk­an pantai Esplenad Luak Bay, semalam.

Ia merupakan aktiviti tahunan dan tahun ini merupakan kali ketiga ia dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak, NGO dan agensi kerajaan tempatan.

Hadir sama Pengurus Wilayah Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) Miri, Abang Arabi Abang Aimran.

Kira- kira 300 peserta termasuk 250 penuntut Universiti Curtin Malaysia Sarawak (Curtin Sarawak), SFC, wakil dari beberapa agensi kerajaan yang lain dan MBM mengambil bahagian pada program tersebut.

“Selain gotong- royong, 30 penyelam dari Piasau Boat Club turut mengambil bahagian dengan membersihk­an kawasan persekitar­an di Terumbu Karang Siwa, kira- kira 30 minit dari

Kita bertuah kerana memiliki perairan yang kaya dengan keindahan terumbu karang. Namun keindahan terumbu karang itu tidak mencukupi, ia perlu dilindungi sepanjang masa

“untuk mengelak kepupusan. Lawrence Lai Datuk Bandar MBM

pesisir pantai Miri,” kata Lawrence.

Beliau menambah, MBM gembira dengan inisiatif dan komitmen yang ditunjukka­n semua pihak dalam menjayakan program ini dan berharap ia akan dilanjutka­n pada masa hadapan dengan penyertaan lebih banyak pihak.

 ??  ?? BERSIH: Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam program gotong-royong membersihk­an pantai Esplaned Luak Bay semalam.
BERSIH: Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam program gotong-royong membersihk­an pantai Esplaned Luak Bay semalam.
 ??  ?? SELAMAT BERTANDING: Len menyempurn­akan gimik perasmian majlis dengan melakukan pelepasan peserta pada Program Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Sarikei, semalam.
SELAMAT BERTANDING: Len menyempurn­akan gimik perasmian majlis dengan melakukan pelepasan peserta pada Program Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia