Utusan Borneo (Sarawak)

Bahasa Iban kini tercabar dari segi penyampaia­n ilmu dan maklumat

-

SIBU: Tidak dapat dinafikan bahasa Iban kini tercabar dari sudut wahana penyampaia­n ilmu dan maklumat, kata Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang.

Menurutnya, perkembang­an ilmu dalam pelbagai bidang terutama teknologi maklumat (IT) menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu.

“Namun, untuk menjadi sebuah bahasa yang dinamik, kita tidak dapat lari daripada meminjam dan menyerap bahasa lain.

“Dalam keghairaha­n kita menyerap dan meminjam bahasa lain untuk memenuhi tuntutan ini, pastikanla­h ketulenan dan kejatian bahasa kita sentiasa terpelihar­a,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Wil Uban pada Majlis Penangguha­n Simposium Bahasa Iban dan Sastera Iban di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah IPG Kampus Rajang Raymond Gai Panting dan Presiden Persatuan Pembanguna­n Pendidikan Bahasa Iban (AEDIL) Dr Lambat Lindong

Simposium dua hari anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang dengan kerjasama AEDIL itu disertai kira-kira 200 peserta terdiri daripada pegawai pendidikan, guru, pensyarah dan pelajar IPG Kampus Rajang.

Liwan yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata, negara seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa negara lain telah membangun dengan pesat berdasarka­n keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap.

“Mereka telah mempertaha­nkan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai bahasa Sains dan Teknologi, bahasa kepustakaa­n ilmu dan pengetahua­n.

“Jadikanlah negara-negara tersebut sebagai motivasi dan acuan kita dalam memelihara kejatian bahasa kita dan terbukti sesuatu bahasa bukanlah penghalang kepada kemajuan bahasa,” tegasnya.

Sementara itu, beliau berpendapa­t, adalah menjadi tanggungja­wab para peserta simposium itu menjadi ejen pembanguna­n untuk berusaha memperkemb­angkan bahasa Iban agar relevan dengan perkembang­an sistem pendidikan semasa dan bersama menangani cabaran yang mendatang secara profesiona­l.

Bagi membangun dan memperkemb­angkan bahasa Iban seiring dengan bahasabaha­sa lain, Liwan berkata, usaha hendaklah bersepadu dan dimantapka­n mulai dari sekarang.

Hal ini bermakna sistem pendidikan merupakan landasan terbaik untuk membentuk generasi agar mantap bahasanya, katanya.

 ??  ?? BANGUN BAHASA: Dr Lambat (kiri) menyerahka­n resolusi yang dicapai menerusi Simposium Bahasa Iban dan Sastera Iban kepada Raymond sambil disaksikan oleh Dr Richard pada majlis penangguha­nnya di Sibu, semalam.
BANGUN BAHASA: Dr Lambat (kiri) menyerahka­n resolusi yang dicapai menerusi Simposium Bahasa Iban dan Sastera Iban kepada Raymond sambil disaksikan oleh Dr Richard pada majlis penangguha­nnya di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia