Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap pengguna punca utama kadar kemalangan masih tinggi

-

SARIKEI: Kadar kemalangan jalan raya di negeri ini yang masih tinggi disifatkan sebagai berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Datu Len Talif Salleh berkata sikap tidak sabar, tidak mematuhi peraturan jalan raya dan kurang bertanggun­gjawab adalah faktor-faktor utama kemalangan jalan raya.

“Jika kita mengimbas kembali statistik kejadian kemalangan jalan raya, secara amnya 65 peratus kemalangan disebabkan oleh kesilapan manusia itu sendiri.

“Bakinya disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti keadaan jalan raya dan faktor kenderaan.

“Justeru, adalah amat penting bagi semua pihak bergabung tenaga dengan terus memberikan kesedaran berhubung keselamata­n jalan raya,” ujarnya pada Program Pendidikan Lalulintas Shell Peringkat Bahagian Sarikei, semalam.

Program berlangsun­g di Taman Lalu Lintas Skim Penempatan Semula Baji Jaya di sini.

Sebanyak sembilan sekolah terdiri daripada lima sekolah menengah dan empat sekolah rendah dari Bahagian Sarikei menyertai pertanding­an itu.

Menurut Len, penganjura­n program seumpama itu adalah landasan terbaik untuk mendidik golongan muda, khususnya pelajar tentang kepentinga­n mengetahui secara terperinci peraturan apabila berada di jalan raya.

“Pendedahan pada usia muda seperti ini akan melengkapk­an pelajar dengan pengetahua­n dan panduan supaya mereka lebih peka tentang undangunda­ng jalan raya demi keselamata­n dan kepentinga­n diri sendiri, keluarga dan pengguna jalan raya lain.

“Pada masa sama, ia mampu menimbulka­n kesedaran terhadap pentingnya keselamata­n jalan raya di kalangan para pelajar,” kata Len.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Chan Pan Chan berkata, seramai 176 pelajar terlibat menjayakan program tersebut.

“Objektif utama program ini dianjurkan bukan semata-mata untuk mencari juara pertanding­an, tetapi mempunyai banyak matlamat dan objektif yang tersirat.

“Program ini adalah satu landasan untuk mengekalka­n tabiat yang baik tentang penggunaan jalan raya kepada para pelajar, di samping menggalakk­an integrasi dan hubungan muhibah di kalangan pelajar yang berbilang kaum.

“Justeru, kita juga ingin mengucapka­n syabas kepada pihak Shell yang telah berjaya menganjurk­an program ini yang masuk tahun ke-51 penganjura­nnya,” kata Chan.

Pertanding­anitudibah­agikan kepada empat kategori iaitu Interaktif Komputer, Pejalan Kaki, Penunggang Basikal dan Pemandu Kereta.

Juara keseluruha­n berpasukan untuk keempatemp­at kategori terbabit ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Lee, kedua SJKC Kwang Chin dan ketiga Sekolah Kebangsaan ( SK) Agama Sarikei bagi sekolah rendah.

Bagi kategori sekolah menengah pula, johan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei, naib johan SMK St Anthony Sarikei dan ketiga SMK Meradong.

Turut hadir Pengurus Besar Perkhidmat­an Korporat Sarawak Shell Berhad Tom Wong, Pegawai Daerah Sarikei Khalid Andong dan wakil Residen Bahagian Sarikei, Baijuri Bidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia