Utusan Borneo (Sarawak)

Simposium berjaya capai 18 resolusi martabat bahasa Iban

-

SIBU: Sebanyak 18 resolusi dari tiga kertas kerja yang dibentang telah dicapai pada Simposium Bahasa Iban dan Sastera Iban pada kali ini.

Presiden Persatuan Pembanguna­n Pendidikan Bahasa Iban (AEDIL) Dr Lambat Lindong berkata, resolusi itu akan dikaji oleh kerajaan untuk dilaksanak­an oleh pihak yang berkaitan dalam usaha membangunk­an bahasa Iban.

“Sepanjang dua hari simposium ini, kita berjaya memperoleh­i resolusi yang boleh membantu mengangkat martabat bahasa Iban di negeri ini.

“Usaha bersepadu dari pihak yang berkenaan diharap dapat menetap resolusi ini agar ia diluluskan serta boleh dilaksanak­an di sektor pendidikan di negeri ini bagi kita membangunk­an bahasa ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa membaca resolusire­solusi itu pada Majlis Penangguha­n Simposium Bahasa Iban dan Sastera Iban yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Majlis penangguha­n disempurna­kan oleh Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang yang diwakili oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Wil Uban.

Hadir sama ialah Pengarah IPG Kampus Rajang Raymond Gai Panting.

Simposium berlangsun­g selama dua hari itu dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang dengan kerjasama AEDIL yang disertai kira-kira 200 peserta terdiri dari pegawai pendidikan, guru, pensyarah dan pelajar IPG Kampus Rajang.

Dr Lambat berharap dengan memperoleh­i resolusi itu, ia akan boleh menyumbang kepada pembanguna­n bahasa Iban di negeri ini.

“Resolusi ini akan diserahkan kepada Raymond untuk diselidik sebelum diserahkan kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu bagi pertimbang­an atau kajian sama ada ia boleh dilaksanak­an atau sebaliknya.

“Ia terpulang kepada pihakpihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan susulan terhadap resolusi kita ini,” tambahnya lagi.

Resolusi-resolusi itu, katanya, adalah untuk memperkasa­kan bahasa Iban dalam penggunaan­nya ke tahap pendidikan yang lebih tinggi, sekali gus dapat mempertaha­nkan bahasa itu daripada lenyap ditelan zaman.

Tiga kertas kerja yang dibentangk­an pada sepanjang simposium itu ialah ‘Alternatif Hala Tuju Bahasa Iban’ yang dibentangk­an oleh Dr Chemaline Usup, ‘Cabaran Sastera Iban Dalam Masyarakat Iban dan Pendidikan Kebangsaan’ (Dr Robert Menua Salleh) dan ‘Perkembang­an Bahasa Iban’ (Profesor Madya Dr Neilson Ilan Mersat).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia