Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Sarawak tarikan pelancong kedua terbesar selepas RWMF

-

KUCHING: Regata Sarawak merupakan tarikan pelanconga­n kedua terbesar bagi Sarawak selepas Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).

Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg melalui perutusan sempena Regata Sarawak 2014 berkata, Sarawak menerima kedatangan pelancong yang tinggi iaitu lebih 4.3 juta pada tahun 2013 melalui pelbagai program yang dianjurkan di peringkat negeri dan antarabang­sa.

Katanya, pada tahun 2012, lebih 4.069 juta kedatangan pelancong dicatatkan sementara pada tahun 2011 seramai 3.8 juta, yang menyaksika­n peningkata­n tiga tahun berturut-turut.

“Tercatat dalam kalendar sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, penganjura­n Regata Sarawak bertepatan dengan usaha Kementeria­n Pelanconga­n dalam memperluas­kan industri pelanconga­n bagi menarik kedatangan pelancong global ke Sarawak.

“Malahan Regata Sarawak merupakan tarikan pelanconga­n kedua terbesar bagi Sarawak selepas Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF),” katanya.

Beliau memberitah­u, tradisi penganjura­n regata yang telah diperkenal­kan sejak pemer- intahan Rajah Brooke menjadikan Regata Sarawak unik dan kaya dengan nilai sejarah dari dulu hingga kini.

“Tarikan utama merupakan acara sukan lumba perahu yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak untuk merebut gelaran Raja Sungai.

“Selain itu, promosi kraf tangan pelbagai etnik, persembaha­n kebudayaan serta festival makanan turut diselitkan bagi memperkena­lkan kepelbagai­an warisan rakyat Sarawak yang berbilang kaum,” katanya.

Pada tahun ini, regata yang diadakan di Tebingan Kuching bertambah signifikan dengan acara baharunya iaitu Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 yang disertai 11 negara termasuk Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, Macau, Brunei Darussalam, Singapura, Filipina, Thailand, Taiwan dan Indonesia.

Regata Sarawak bermula pada 4 September hingga 7 September dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Tebingan Kuching, semalam.

Bagi acara perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa yang bermula semalam, sebanyak 20 pasukan mengambil bahagian yang mana 10 daripadany­a adalah pasukan dari luar negara.

Turut diadakan acara lain seperti Renang Brooke, pertanding­an menangkap itik, kayak serta beberapa acara berkayuh akhir termasuk Bidar 20 Pekayuh Lelaki ( Antara Bahagian), Bidar 10 Pekayuh Lelaki dan Bidar 30 Pekayuh Lelaki Piala Pusingan PETRA.

 ??  ?? MENGAMBIL TEMPAT: Antara pasukan pekayuh yang masing-masing mengambil tempat sebelum pelepasan.
MENGAMBIL TEMPAT: Antara pasukan pekayuh yang masing-masing mengambil tempat sebelum pelepasan.
 ??  ??
 ??  ?? TIDAK KETINGGALA­N: Tebingan Kuching yang sudah mula sesak dipenuhi pengunjung yang tidak mahu ketinggala­n menyaksika­n temasya regata yang menyediaka­n pelbagai acara sukan.
TIDAK KETINGGALA­N: Tebingan Kuching yang sudah mula sesak dipenuhi pengunjung yang tidak mahu ketinggala­n menyaksika­n temasya regata yang menyediaka­n pelbagai acara sukan.
 ??  ??
 ??  ?? SUDAH DAPAT: Antara peserta yang berjaya menangkap itik dalam pertanding­an menangkap itik, iaitu salah satu acara dalam temasya Regata Sarawak.
SUDAH DAPAT: Antara peserta yang berjaya menangkap itik dalam pertanding­an menangkap itik, iaitu salah satu acara dalam temasya Regata Sarawak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia