Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan tingkat kesedaran jaga alam sekitar

Pendekatan NREB dipuji berjaya menarik masyarakat berusaha lindungi alam sekitar secara sukarela

- Oleh Nicklos Louis Kaderi

MUKAH: Pendekatan pendidikan yang digunakan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak berjaya meningkatk­an kesedaran penduduk tentang kepentinga­n alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Yussibnosh Balo yang memuji pendekatan itu berkata, pengurusan alam sekitar harus didedahkan kepada rakyat agar sama- sama berusaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

“Saya memuji NREB kerana menggunaka­n pendekatan pendidikan alam sekitar agar penduduk di negeri ini sedar tentang kepentinga­n alam sekitar dan seterusnya bersama- sama melakukan usaha melindungi alam sekitar secara sukarela.

“Bagi para pelajar, meneru- si aktiviti pendidikan alam sekitar, mereka akan didedahkan kepada pelbagai isu alam sekitar dan dengan berbuat demikian, mereka akan mengamalka­n gaya hidup lestari dan mampu menyumbang terhadap perlindung­an dan peningkata­n kualiti alam sekitar di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Hijau sempena Majlis Penutupan ‘EcoCamp’ 2014 di Kingwood Hotel di sini, semalam.

‘Eco-Camp’ 2014 disertai 93 pelajar yang juga ahli-ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar dari sekolah-sekolah di dae- rah Mukah, Dalat dan Daro.

Turut hadir Timbalan Kontroler NREB Justine Jok Jau Emang, Pengurus Kanan Jabatan Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar Petronas Cari Gali Sdn Bhd (Operasi Sarawak) Suhaimi Ahmad, Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Mukah

Saya memuji NREB kerana menggunaka­n pendekatan pendidikan alam sekitar agar penduduk di negeri ini sedar tentang kepentinga­n alam sekitar dan seterusnya bersama-sama melakukan usaha melindungi alam sekitar secara sukarela.” Yussibnosh Balo ADUN Balingian

Amirul Abdullah serta tetamu jemputan lain.

Majlis tersebut juga menyaksika­n penyampaia­n replika cek bernilai RM120,000 oleh Suhaimi kepada Justine.

Sementata itu, Yussibnosh berkata pembanguna­n Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) dijangka akan menyebabka­n per- tambahan penduduk di zon tengah, terutamany­a Mukah yang merupakan pusat pentadbira­n, latihan dan penyelidik­an untuk menampung keperluan tenaga manusia dan kepakaran bagi industriin­dustri di SCORE.

Beliau memberitah­u, kadar penggunaan sumber asli dan penjanaan sisa, sama ada sisa pepejal atau sisa kumbahan juga dijangka bertambah.

“Sekiranya semua ini tidak diurus dengan cekap, ia boleh mewujud dan menyumbang kepada kesan kurang baik terhadap ekosistem semula jadi dan alam sekitar.

“Sehubungan itu, pemahaman dan aplikasi pembanguna­n mampan harus dititikber­atkan untuk mengurangk­an kesan negatif terhadap alam sekitar,” katanya.

Justeru, beliau berharap segala pengetahua­n dan kemahiran serta nilai-nilai murni alam sekitar yang diperolehi menerusi ‘Eco-Camp’ itu akan menjadi panduan dan amalan dalam kehidupan seharian khasnya kepada para pelajar.

Beliau turut berharap kerjasama semua pihak terutamany­a NREB dan Petronas akan menyumbang kepada kemajuan pembanguna­n Sarawak secara mampan.

 ??  ?? TAHNIAH: Yussibnosh (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang peserta ’Eco-Camp’ 2014, semalam. Turut kelihatan Justine (kiri) dan Suhaimi (tiga kanan) serta yang lain.
TAHNIAH: Yussibnosh (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang peserta ’Eco-Camp’ 2014, semalam. Turut kelihatan Justine (kiri) dan Suhaimi (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia