Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan pelaburan terbaik ibu bapa demi masa depan anak-anak

-

SARIKEI: Pendidikan adalah pelaburan terbaik ibu bapa untuk memastikan kejayaan hidup anak-anak mereka pada masa hadapan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abu Seman Jahwie berkata, pendidikan mampu mengeluark­an seorang individu daripada putaran ganas kemiskinan.

“Masyarakat harus sedar bahawa kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil pendidikan generasi terdahulu yang baik. Pendidikan bukan skim cepat kaya. Ia merupakan pelaburan jangka panjang dan memerlukan kesabaran.

“Kita tidak mahu masyarakat terus dibelenggu oleh tanggapan bahawa faktor kemiskinan menjadi alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

“Pada masa kini, cabaran dalam pendidikan cukup banyak. Bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga guru. Ia sekali gus menuntut pendidik untuk meningkatk­an kemahiran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Zon 2 di Dewan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di sini semalam.

Zon 2 melibatkan Tabika KEMAS dari kawasan Batang Lupar, Batang Sadong, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Sarikei dan Tanjung Manis.

Abu Seman berkata, kerjasama ibu bapa dan guru amat penting dalam memastikan keseimbang­an dalam dunia pendidikan negara, khususnya dalam melahirkan modal insan berkualiti.

“Tanpa kerjasama keduadua pihak, kita tidak akan dapat melaksanak­an agenda pendidikan negara dengan baik.

“Dalam masa sama, nilai kemanusiaa­n mesti diambil kira. Kita tidak mahu cemerlang dalam satu sudut sahaja sebaliknya semua aspek. Ini amat penting dalam melahirkan modal insan seimbang.

“Kanak-kanak adalah aset penting negara. Hari ini kita melihat potensi mereka. Kembangkan­nya supaya golongan muda ini menjadi generasi yang kreatif,” ujar Abu Seman.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi KEMAS Negeri Muhd Azrul Aidil Philip Abdullah dalam ucapan alu-aluannya berkata, pembanguna­n modal insan sejak prasekolah penting bagi menambah keyakinan bermula daripada usia muda.

Katanya, program seumpama ini juga mampu menyemai nilai murni seperti bertolak ansur dan menghormat­i antara satu sama lain.

Program dimeriahka­n dengan kehadiran lebih 1,000 kanak-kanak KEMAS Zon 2. Turut hadir Pegawai KEMAS Sarikei Mohd Iqbal Abdullah dan Norasyikin Abdul Rahman yang mewakili Residen Bahagian Sarikei.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Abu Seman menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak yang memenangi beberapa kategori pertanding­an yang dianjurkan pada majlis tersebut.
TERUSKAN USAHA: Abu Seman menyampaik­an hadiah kepada kanak-kanak yang memenangi beberapa kategori pertanding­an yang dianjurkan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia